Siakap Keli

(Video) “Meleleh Air Mata..” Remaja Mualaf Istimewa Alunkan Surah Al-Fatihah, Buat Hati Tersentuh

Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Hj. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri hari ini berkongsi video di laman Facebooknya memaparkan seorang jejaka istimewa mengalunkan surah Al-Fatihah. Kesungguhannya melafazkan tiap bait ayat sepenuh hati benar-benar meruntun jiwa.

Lebih mengagumkan jejaka tersebut sebenarnya baru sahaja menjadi mualaf namun sudah mampu menghafal surah tersebut dengan baik.

Pagi ini menerima kunjungan NGO OKU Berdaya Hulu Langat. Mereka daripada pelbagai latarbelakang, namun masing-masing mempunyai pelbagai kemahiran yang boleh dikehadapankan.

Saudara Wan baru memeluk Islam tahun lalu dan sudah menghafal Surah al-Fatihah dengan baik. ⁣⁣
⁣⁣
Tidakkah hati kecil kita terusik apabila melihat mereka bersungguh-sungguh mempelajari Islam, sedangkan segelintir kita masih culas walaupun dianugerahkan nikmat yang lebih sempurna?⁣⁣
⁣⁣
Inilah yang menjadi antara fokus utama saya sejak beberapa tahun lalu dalam Kuliah Dhuha Mingguan yang menyediakan jurubahasa isyarat khas bagi OKU Pekak di Masjid Jamek Sultan Hisamuddin, Bandar Baru Salak Tinggi dan Masjid Dato Klana Petra, Nilai. ⁣⁣
⁣⁣
Di sinilah nilai rahmah dalam Islam yang wajar diraikan bersama.

Netizen yang menonton memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi mensyukuri nikmat yang dimiliki sambil menginsafi diri.

Masya Allah, hebatnya adik ni. Tahniah pada ustaz yang menyantuni adik ini dengan kasih sayang

Terbaik tuan guru, contoh teladan untuk semua

Allahu, Luasnya RahmatMu

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)