Siakap Keli
FOTO: IRMA YANA

(Video) “Pukul 11 Pagi Tercungap-Cungap Balik Rumah,” Anak Lari Dari Sekolah, Katanya Takut Kena Cucuk

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bila sebut pasal ‘cucuk’ orang dewasa pun akan gementar. Ye lah, nampak jarum pun dah ‘nervous’ tambahlah nak menahan sakit bila dicucuk.  Ingat lagi waktu kecil dahulu, pelbagai alasan yang diberi kerana tidak mahu dicucuk.

Tular satu video di mana seorang kanak-kanak berusia lingkungan 7 tahun ‘lari sekolah’ gara-gara tidak mahu terima suntikan daripada pihak pegawai kesihatan yang datang ke sekolah tersebut.

Perkongsian ibu kepada adik Farid Ilham ini ketika dihubungi, anaknya dikatakan lari dari sekolah sebelum mendapatkan suntikan kancing gigi menaiki basikal milik sepupunya. Pada waktu pagi hari kejadian, Yana menghantar anaknya ke sekolah.

“Sekolah dan rumah hanya jarak 300 meter”

Saya menyedari pukul 11 pagi dia sudah tercungap-cungap pulang ke rumah, tak lama lepastu nampak kereta guru sekolah yang ikutnya pulang untuk pujuk menerima suntikan tersebut.

Cikgu cerita, pengawal keseelamatan pun tak sempat kejar dia. Cepat betul dia larikan diri.

“Kamu tu dah cucuk ke belum, kalau belum jom ke sekolah. Bukan kena cucuk pun dia bagi ubat je, takpayah la lari-lari,” pujuk seorang lelaki dalam video tersebut.

Difahamkan melalui video yang tular tersebut, adik ini mengunci semua pintu pagar rumahnya sambil menangis dan berkata tak mahu cucuk, taknak buka pintu.

Kata ibunya lagi, sejurus kejadian adik Ilham demam dan tidak berkesempatan untuk terima suntikan kancing gigi lagi.

Sumber: Irma Yana

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)