Siakap Keli

“Filem Bosan Dan Tak Ada Manfaat,” Lelaki Bagi Rating 1/5 Lepas Tonton Filem Joker, Dakwa Jalan Cerita ‘Slow’

Walaupun diwarnai dengan pelbagai kontroversi, filem terbitan Village Roadshow Pictures dan DC Films nyata memecah kutipan jualan tiket sepanjang bulan Oktober ini.

Filem ‘supervillain’ arahan Todd Phillips itu masih menjadi bualan hangat di laman media sosial. Warga net sibuk  ‘menganalisa dan membincangkan’ kronologi serta pendapat mengenai filem yang dijangka bakal mengutip lebih RM3 bilion sepanjang tempoh tayangannya.

Namun dalam semua review positif, pasti ada yang berpendapat sebaliknya. Setiap orang berhak menilai apa yang ditonton dan memberi pendapat kerana penilaian itu bersifat subjektif.

Seorang individu yang mendakwa dirinya warga pendidik telah memberikan rating 1/5 kepada filem berkenaan. Dia berkongsikan pendapatnya itu dalam sebuah group di laman Facebook. Menurutnya,

Filem Joker. Filem membosankan bagi saya dan takda manfaat, 1/5.

Sorry tapi ni la pendapat saya. Saya tak boleh hadam cerita macam ni dan hairan kenapa filem macam ni boleh box office? Jalan cerita slow mcm drama, banyak berborak, lawan pun takda la action pack mana pun, pastu cerita ni semata-mata pasal orang gila mengamuk, bunuh orang? Cerita apa ni? So apa mesej dia?

Cuba la buat filem joker ni menarik sikit untuk ditonton. Cakap filem ni superhero, cuba la bagi dia joker ni terbang sikit ke, ada superpower sikit. Baru tak bosan. Cerita ni ada kaitan dgn batman kan? Mesti la kena mesra dengan penonton kanak-kanak. Ini dah la ganas, pastu ada pulak sokong joker bunuh orang. So filem ni tak bagus la.

Macam mana FINAS bleh lepas tapisan filem ni? Filem ni filem yang kosong bagi saya. Sorry la cakap takda kualiti. Tak sesuai untuk penonton lebih-lebih lagi warga pendidik macam saya.

Sumber: Facebook

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)