Siakap Keli

Jepun Siap Sedia Dilanda Taufan Kuat, Perkhidmatan Pesawat Dan Keretapi Dijangka Dibatalkan

Agensi cuaca Jepun memberi amaran taufan kuat yang bakal ‘membawa sekali’ hujan lebat ke dipercayai akan melanda Jepun pada hujung minggu ini.

Taufan Hagibis yang berkelajuan 270 kilometer sejam dijangka akan turut mengakibatkan tanah runtuh. Oleh itu, Agensi Meteorologi Jepun menggesa orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang boleh mengancam nyawa.

Pesisiran pantai Pasifik di Jepun mungkin akan menerima hujan lebat yang bermula pada hari Jumaat ini. Keadaan ombak yang tinggi juga didakwa boleh menyebabkan banjir.

Manakala perkhidmatan syarikat penerbangan dan kereta api  juga dijangka akan dibatalkan. Seperti yang diketahui Jepun kerap dilanda Ribut Pasifik antaranya adalah taufan Faxai yang menyebabkan gangguan kuasa besar di Prefektur Chiba berhampiran Tokyo pada bulan September lalu.

Selain itu, tahun lepas pernah juga terjadi Taufan Jebi yang membanjiri terminal dan landasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai.

Sumber: Japan Today

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)