Siakap Keli
Gambar: Facebook

”Moga Allah Permudahkan Segalanya Untuk Isteri”,Suami Didakwa Sibuk Main Game Tengking Isteri Dalam Pantang Di Klinik

Wanita adalah kaum yang lemah dan perlu dilindungi. Mereka ini seharusnya dipimpin dan didampingi oleh kaum Adam. Adalah menjadi tanggungjawab bagi seorang lelaki untuk menjaga ahli keluarganya yang lahir sebagai perempuan.

Tidak kiralah sama ada ibunya, adiknya mahupun isteri. Seperti mana yang kita ketahui, kaum wanita ini perlu sentiasa dibelai, disayangi, serta didampingi. Ini kerana kaum wanita ini bersifat lembut. Disebabkan itulah, perbuatan menyakiti wanita yang banyak berlaku dalam masyarakat kita pada hari ini dipandang seperti tidak berperikemanusiaan.

Terutamanya terhadap isteri. Isteri adalah amanah yang diturunkan oleh Allah kepada lelaki yang bergelar suami. Suami pula diamanahkan oleh Allah untuk sentiasa bertanggungjawab dalam menjaga serta melindungi isteri.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Azri Osman ini, dia ada berkongsikan tentang bagaimana si suami memarahi dan menengking isterinya yang didakwa sedang dalam pantang yang berlaku dihadapannya. Perkongsiannya itu diharap dapat menyedarkan masyarakat tentang realiti yang terjadi hari ini.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Wife aku kena minum air gula kat KK hari ni. Sekali wife hantar laporan, “Abang tgk laki bini depan. Kesian abang wife dia kena marah dengan laki dia. Tengking kuat-kuat cakap. Kau pergi la cepat, aku nak pergi kerja ni. Pastu dia tolak-tolak bini dia. Bini dia dalam pantang sebab pakai stokin tebal. Tadi dia letak anak dia atas meja pastu dia main game. Bini dia pergi tandas”.

Terlalu sukar bagi aku nak bersangka baik mahupun berkata yang murni-murni tentang keadaan macam ni. Namun aku gagahi juga. Aku takde kat tempat kalian & tak tau apa kesukaran kalian. Moga Allah permudahkan segalanya untuk Si Isteri. Tika anak pertama aku lahir, aku disisi isteri semasa proses melahirkan. Mencurah air mata aku melihat kesukaran seorang IBU melahirkan anaknya.

Gais.. Walau siapa pun kita, merekalah sentiasa menjadi Tulang Belakang semasa kita jatuh dan bangun. Hargailah mereka. Sedang mereka adalah Amanah Allah Ta’ala untuk kita bimbing dan pimpin tangan-tangan mereka menuju ke Jannatul Firdaus In shaa Allah. Kemon gais tolonglah hargai jasa depa kat kita!

Wallahu’alam.

Sumber: Azri Osman

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.