Siakap Keli
Gambar: Google

Polis Sahkan Tahan 2 Adun Dipercayai Menyokong Pertubuhan Pengganas

Tiga orang lelaki termasuk dua ahli Dewan Undangan Negeri sebuah parti politik dari Melaka dan Negeri Sembilan antara yang ditahan oleh pihak polis kerana menyokong pertubuhan pengganas dari Sri Lanka.

Tiga lelaki yang ditahan itu memegang jawatan sebagai Adun kawasan Gadek, Adun Seremban Jaya manakala seorang lagi merupakan pemimpin NGO India dari Perak.

Ketiga-tiga mereka ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka.

Difahamkan, penahanan ketiga-tiga lelaki itu dibuat susulan sambutan majlis ‘hari pahlawan’ yang dihadiri mereka pada tahun lepas.

Ketiga-tiga lelaki tersebut ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 SOSMA.

Menurut Bernama, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism (E8) Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan perkara itu ketika dihubungi. Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Bukit Aman akan mengadakan satu sidang media berhubung dengan perkara itu pada pukul 4 petang ini.

Aqmal Ezany

I write what is right