Siakap Keli
Kredit: Google

(Video) Isteri Sarat Hamil Terkulat-Kulat Pilih Barang Bayi Sendirian, Suami Rileks Keluar Hisap Rokok Kat Luar

Penafian: Artikel ini bukanlah agenda sexism namun perkongsian realiti semasa yang berlaku sebagai pengajaran untuk semua.

Mungkin ada benarnya kata orang, perkahwinan ini ‘perjudian’ bagi wanita. Jika berjodoh dengan lelaki yang salah, pasti menderita selagi tidak berpisah. Silap haribulan, selepas berpisah pun dikejar lelaki gila talak.

Hubungan yang tidak sihat bukan sahaja menjejaskan hubungan suami isteri, tetapi turut memberi kesan kepada anak-anak kerana mereka memerhatikan segala perbuatan ibu bapa mereka.

Anak-anak yang lahir dalam keluarga harmoni biasanya akan menjadi individu penuh kasih sayang kepada ibu bapanya. Namun mereka yang membesar dalam keluarga bermasalah cenderung menghadapi masalah pada kemudian hari, termasuk berdendam dengan ibu atau bapa sendiri sehingga ada yang sanggup pergi membawa diri.

Tak boleh salahkan anak semata-mata kerana ibu bapa lah yang menyediakan persekitaran positif atau negatif kepada anak-anak semasa membesar, sejak mereka kecil.

Baru-baru ini, beberapa pengguna Twitter berkongsi ciapan mengenai pengalaman mereka menyaksikan layanan buruk suami kepada isteri, membuatkan warga maya panas hati dan sebahagian wanita ‘fobia’ untuk mendirikan rumah tangga.

“Isteri pilih barang perut sarat, masa bayar suami keluar hisap rokok, terkulat-kulat isteri cari kad dalam beg.”

Isteri pilih barang bayi, suami marah-marah atau buat ‘tak kisah’

Ini hanyalah permulaan cerita. Ramai netizen turut berkongsi pengalaman yang serupa.

Isteri baru lepas bersalin beli ikan, suami tunggu dalam kereta sambil main telefon

Isteri kelam kabut beli barang, suami main telefon biar anak lari berterabur

Lebih menyedihkan, seorang pengguna berkongsi kisah arwah rakan sekerjanya yang hanya diberi duit belanja RM5 sehari oleh si suami.

Banyak kisah serupa di pejabat agama

Kisah-kisah ini membuatkan ramai wanita takut untuk memasuki alam rumah tangga kerana risau bertemu dengan individu yang salah.

Perkahwinan ibarat memperjudikan hidup kau dengan orang lain

Kahwin bukan sehari dua

Oleh itu, ramai yang menekankan betapa pentingnya mengenali sikap pasangan sebelum berkahwin, terutamanya dalam pemilihan suami.

Periksa sikap bakal suami sebelum kahwin

Tunang tak semestinya kahwin

Ramai yang beranggapan pertunangan mesti berakhir dengan perkahwinan dan malu jika putus tunang. Namun mentaliti ini harus diubah kerana pertunangan hanyalah fasa untuk lebih mengenali pasangan masing-masing. Jangan kerana terlalu risaukan mulut masyarakat, akhirnya diri sendiri merana.

Macam mana nak pilih bakal suami yang betul?

Bercakap tentang pemilihan suami, biarlah orang yang lebih layak yang berbicara. Jom kita dengar perkongsian daripada Perundingcara Rumah Tangga, Ustazah Asma Harun.

“Allah yang memberi rasa cinta. Apabila cinta tu kita jaga, subhanallah makin kuat rasa cinta itu.”

Beliau juga pernah berkongsi kisah berhadapan dengan suami isteri bermasalah semasa menjadi perundingcara rumahtangga di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Menurut beliau, punca masalah rumahtangga adalah solat.

“Puncanya adalah solat. Maka ubatnya adalah solat.”

“Kamu jaga Allah, Allah akan jaga kamu.

“Sesiapa tinggalkan solat, maka dia meruntuhkan agama dan hidupnya.

“Runtuhkan kehidupan dia suami isteri, runtuhkan kehidupan dia dan anak-anak..” kongsi ustazah.

Kepada lelaki, hargailah isteri anda. Penulis teringat kata orang-orang tua, suami yang menghargai isteri akan dihargai anak-anaknya, dan begitulah sebaliknya. Jika diperhatikan, ada benarnya.

Jangan bila dah tua atau jatuh sakit, anak-anak pun tak sanggup jaga, cuci najis anda sebab berdendam atas apa yang anda lakukan kepada ibu mereka.

Walaubagaimanapun, kebahagiaan rumah tangga bergantung kepada usaha kedua-dua pihak untuk berganding bahu berusaha untuk menjadi lebih baik. Baik suami mahupun isteri, sama sahaja peranannya.

Ramai sahaja lelaki yang baik, berakhlak dan bertanggungjawab. Segala kisah di atas adalah sikap individu dan tidak mencerminkan semua lelaki. Namun wanita tetap perlu berhati-hati memilih suami.

Sumber: Twitter

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.