Siakap Keli
Kredit: Black Hawk Down/Rizal Pgb

Wira Mogadishu Kongsi Pengalaman Tengok Kereta Perisai Penuh Darah Dibedil Roket Ketika Selamatkan Tentera Amerika

Walaupun Malaysia sebuah kecil, namun tiada sesiapapun yang dapat menafikan peranan besar yang dimainkan oleh tanah air di pentas dunia. Ia termasuklah jasa-jasa pasukan keselamatan, khususnya Angkatan Tentera Malaysia.

Salah satunya adalah kisah di bawah.

Mogadhisu, Somalia, 3 Oktober 1993

Rizal tidak tahu andai ini hari terakhirnya. Bersama tiga rakan seperjuangannya, mereka menyertai konvoi kenderaan berperisai (Apc) tentera Negara Bersatu (UN) menuju ke Pasar Bakara bagi menentang tentera militan pimpinan Mohamed Farrah Aidid yang mengaku sebagai presiden negara berkenaan.

Boom!

Kenderaan mereka diserang musuh. Peluru roket RPG7 menghentam Apc mereka diikuti tembakan berterusan dari AK47. Dia dapat rasakan nafasnya tersekat-sekat, matanya terpejam menahan kesakitan. Membayangkan andai itu hela nafasnya yang terakhir.

Malaysia, Oktober 2019

Alhamdulillah, Rizal masih hidup untuk menceritakan detik cemas penglibatannya dalam peperangan 26 tahun lalu yang pernah digarap menjadi filem perang, Black Hawk Down (2001) yang menceritakan semula kisah pertempuran 15 jam yang mengalahkan angkatan tentera diketuai AS.

Peristiwa tersebut masih segar dalam ingatan untuk dia ceritakan satu persatu. Dia pahatkan memori tersebut pada dinding Facebook miliknya.

Assalamualaikum..
3 dan 4 okt 1993 Mogadishu Somalia. Pasar Bakara.

Disaat Apc yang ku pandu ditembak dengan peluru roket Rpg7 tadi, tentera Amerika Syarikat (AS) kelur dari kenderaan. Tinggallah aku bertiga dalam Apc, Lans Koperal (LK) Nayan masih meneruskan tembakan walaupun dengan cara manual, LK Abdullah ada dibelakang.

Apc kami terus ditembak oleh musuh. Tidak lama kemudian tentera AS datang kembali ke Apc, aku dikeluarkan dan dibawa ke sebuah rumah yang hampir musnah. Aku terbaring dilantai menahan kesakitan.

Darah semakin banyak yang keluar dari paha kiri dan kanan, lantai yang kering tadi kini dibasahi dengan darah, nafasku tersekat-sekat.. Mataku terpejam seketika menahan kesakitan, disaat itulah wajah ibuku, ayahku, keluargaku, teman-teman, sahabat-sahabatku dapat ku lihat.

Mungkin itulah bayangan terakhir yang dapat aku lihat. Ya Allah kuatkan semangatku..

Salah satu babak dalam filem Black Hawk Down. (Kredit: Military.com)

Hilang wajah-wajah mereka nafasku semakin tersekat. Dalam menahan kesakitan itu sayu-sayu aku mendengar bacaan ayat-ayat AlQuran ditelingaku, aku dengar namaku dipanggil.

“Buka mata Rizal.. Buka mata.. Tidak lama kemudian seorang dari tentera AS menghampiri ku lalu membalut paha kiri dan kananku. Prebet Sabri turut membantu. Kemudian diberi pengusung utk membawa aku.

Ketika aku diusung oleh sahabat-sahabatku kami ditembak lagi.

2 buah Apc ditinggalkan, Apc 21A dan Apc 54. Kini aku dan 5 anggota Malbatt bersama us Army mengatur langkah. Cahaya peluru masih beterbangan ke kiri ke kanan. Letupan di sana sini. Tembakan bantuan dari helikopter AS tidak putus-putus.

Kini azan Subuh berkumandang. Bunyi tembakan tiada lagi kedengaran, aku masih lagi terbaring ditanah Somalia. Azan sudah berhenti, tembakan bersambung kembali. Hujan peluru masih belum reda lagi hari semakin siang.

Tidak lama kemudian Apc kompeni Alfa datang menghampiri kedudukan aku dan sahabat-sahabat yang lain.. Aku dimasukkan ke dalam Apc tersebut yang penuh dengan anggota tentera AS yang cedera dan terkorban. Lalu aku dibawa keluar dari kawasan Bakara terus menuju ke kem Pakistan untuk rawatan.

Tragedi berkenaan telah meragut nyawa rakan seperjuangannya, Kpl. Mat Aznan. Al-Fatihah.

Sumber: Rizal Pgb, ThougthCo

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.