Siakap Keli
Gambar: Google

Wujud Sebelum Merdeka Lagi, Kisah Mancis ”Legend” Yang Masih Bertahan, Tawar Peluang Pekerjaan Penduduk Setempat

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai antara kita yang pernah menggunakan mancis ketika zaman kanak-kanak bukan? Lagi-lagi bila tiba sahaja bulan puasa, mancis inilah antara barang yang laku dijual di kedai-kedai runcit. Untuk apa? Untuk membolehkan kita bermain mercun serta bunga api.

Walaupun pada ketika itu pemetik api telah pun wujud, faktor kosnya yang murah berbanding pemetik api moden telah membuatkan kebanyakan kanak-kanak memilihnya. Harga yang boleh didapati di kedai-kedai runcit pula hanyalah dalam sekitar 30 sen.

Pasti ramai yang tidak tahu bahawa mancis ini masih lagi wujud dan kilangnya juga masih lagi beroperasi seperti biasa biarpun ianya dilihat sebagai sudah tidak relevan di dalam zaman yang serba canggih ini.

Seorang pengguna Facebook yang bernama Saudagar Ais ada berkongsikan serba sedikit mengenai mancis cap lada yang pernah menjadi nostalgia kita semua suatu masa dahulu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Kilang mancis cap lada merupakan antara kilang tertua di Malaysia. Di bina pada tahun 1933 iaitu sebelum merdeka lagi dan hingga kini usianya hampir mencecah 86 tahun.

Kilang Ini pada asalnya di miliki oleh pedagang dari Bombay dan telah bertukar tangan beberapa kali hingga pada tahun 1995 di miliki oleh Tan Chon San sehingga ke hari ini.

Gambar: Google

Kilang ini beralamat di no 4874-A Jalan Atas Banggol Kota Baharu Kelantan. Sebuah lagi cawangan bertempat di Taiping, Perak. Kilang ini mampu menghasilkan 800 ribu kotak dalam sehari walaupun mendapat persaingan sengit daripada pemetik api moden.

Difahamkan, hanya kotak serta mancis sahaja yang dihasilkan di kilang ini, manakala batang mancis di import dari negara China. Ianya dihasilkan dengan menggunakan mesin yang lama dan proses penghasilannya masih lagi menggunakan kaedah tradisional.

Sungguhpun begitu ianya masih mampu memberi peluang pekerjaan dan rezeki pada penduduk setempat.

Sumber: Saudagar Ais

Aqmal Ezany

I write what is right