Siakap Keli

Baru Beli Rumah? Ini ‘Tempat’ Terbaik Untuk Korang Shopping Barang-Barang Dalam Rumah, Diskaun Lebih 70%

Untuk korang yang baru je beli rumah, renovate rumah atau nak tukar segala jenis perabot dalam rumah, ini lah masa yang sesuai untuk korang bertindak sebab pameran rekaan dalaman rumah paling hangat di Malaysia kembali lagi. Ya, HOMEDEC KL kembali lagi dan sudah pasti menjanjikan yang terbaik dari sebelum ini. Pameran terhangat ini akan diadakan di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dari 17 hingga 20 Oktober 2019.

Kali ini HOMEDEC datang dengan ‘kelengkapan’ sempurna untuk korang nikmati sepanjang pameran berlangsung. Bermula dari tawaran diskaun terbaik, barisan jenama-jenama peralatan rumah terbaik sampailah rekaan-rekaan dalaman terbaik tersedia untuk korang yang inginkan rumah yang mewah dengan kos yang berpatutan.

 

 

 

 

Tak rugi pun kalau korang bawak isteri, saudara-mara dan jiran-jiran ke HOMEDEC KL kali ini sebab pelbagai jenama-jenama terkenal dengan hiasan dalaman rumah yang akan mengambil bahagian kali ini. Bukan itu saja, korang boleh dapatkan pelbagai peralatan dalaman rumah dengan harga yang berpatutan dan yang paling penting diskaun eksklusif hanya di HOMEDEC KL lebih 70%. Mana nak dapat wei.

Untuk hari pertama dan kedua nanti iaitu 17 dan 18 Oktober 2019 turut diadakan Deal Of  The Day yang korang takkan dapat jumpa kat mana-mana pameran pun. Korang hanya perlu daftar kedatangan korang untuk 2 hari pertama di HOMEDEC KL, korang layak mendapat diskaun istimewa dan pakej-pakej terhebat untuk barangan terpilih dan sudah pasti datangnya dari jenama-jenama kegemaran korang.

Lagi satu benda nak bagi tahu, HOMEDEC sedang mencari Hero tau. Ingat, Marvel je ke da hero. HOMEDEC HEROES pun ada tau. HOMEDEC akan mencari seorang Hero untuk membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai berjumlah RM3,000 dan sterika Laurastar yang bernilai RM3,688. Jadi, hadiah untuk korang rebut berjumlah lebih RM6,600. Sesiapa pun diantara korang boleh menang tau.

Tak cukup dengan tu saja, HOMEDEC KL panaskan telinga korang lagi dengan HOMEDEC “OH MY BOX” Contest. Macam mana pulak nak sertai contest ni? Mudah je bang, korang berbelanja minimum RM150 untuk satu resit atau RM100 bagi pemegang kad CIMB dan korang layak untuk menerima token HOMEDEC. Token HOMEDEC inilah untuk korang tukarkan dengan peluang untuk memenangi hadiah terkumpul lebih dari RM250,000 yang ditaja oleh peserta-peserta pameran HOMEDEC KL kali ini. Hadiah utamanya adalah tilam dari jenama terkenal Slumberland Grand Warwick yang berharga RM9,430. Memang tidur lena sampai pagi kalau korang tidur atas tilam mewah ni. Jangan lupa, kalau korang pemegang kad CIMB bawak kad korang untuk shopping sakan kat KLCC nanti. Lagi senang nak shopping kan.

Haa, sebelum masuk ke ruang pameran jangan lupa daftar atau korang boleh daftar online je kat link SINI untuk korang dapatkan 1 daripada 3 Door Gift istimewa seperti paket beras Jasmine Royal Pusa Gold atau tumbler yang ditaja oleh La gourmet atau baucer dari Katrin BJ. Door gift istimewa ni untuk korang yang terawal je tau. Siapa lambat memang melepaslah.

Selain itu, korang juga boleh shopping dan bayar gunakan FAVEPay untuk korang dapatkan CASH BACK bagi jenama-jenama terpilih sehingga 10% tau. Lagi banyak korang beli lagi banyak korang jimat. Tak ada kereta nak pergi KLCC, korang boleh download apps MULA, book kereta di MULA dan masukkan kod promo MUHDKL19, korang akan dibawa ke KLCC dengan diskaun RM3 tau. Penat berjalan kat pameran HOMEDEC sebab banyak sangat booth nak tengok? Jangan risau, HOMEDEC ada sediakan Mini Cinema untuk korang rehat dan enjoy layanan terbaik dari HOMEDEC.

Boleh dah bagi tau saudara-mara, kawan-kawan dan jiran-jiran untuk serbu KLCC dari 17 Oktober hingga 20 Oktober 2019 nanti. Pasti korang tak menyesal dan boleh dapatkan pelbagai barangan hiasan dalam rumah dengan harga tak masuk akal. Untuk maklumat lanjut sila lawati laman web HOMEDEC, Facebook dan Instagram

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)