Siakap Keli

Belanjawan 2020: Kerajaan Tidak Berhasrat Melaksanakan Semula GST

Dalam pembentangan belanjawan 2020 yang berlangsung pada petang ini di Dewan Rakyat, Menteri Kewangan YB Lim Guan Eng telah menyatakan bahawa kerajaan tidak berhasrat untuk melaksanakan semula sistem percukaian GST.

Isu yang menjadi bualan ramai mengenai perlaksanaan semula GST sebelum ini telah terjawab apabila Menteri Kewangan membuat pembentangan belanjawan 2020 hari ini.

Pelaksanaan GST yang dilaksanakan sejak dari 1 April 2015 oleh kerajaan terdahulu ditamatkan dan digantikan dengan SST selepas PRU yang lalu oleh kerajaan Pakatan Harapan.

GST sebelum ini dikenakan pada kadar 6 peratus.

Sumber: Twitter @MOFmalaysia

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.