Siakap Keli

“Cepat-Cepat Jumpa Doktor, Sesetengah Juling Boleh Dirawat Sebelum Usia 6 Tahun,” Permaisuri Kongsi Pengalaman Juling Masa Kecil

Baru sebentar tadi, Raja Permaisuri Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah memuatnaik beberapa ciapan mengenai masalah juling. Semua orang tahu, permaisuri sering menggunakan perkataan ‘juling dan jeling’ di laman sosial medianya.

Menurut Tuanku Permaisuri, juling adalah topik untuk hari ini. Ciapan yang dimuatnaik tersebut mengisahkan tentang baginda dan anaknya suatu ketika dahulu mengalami masalah mata.

Difahamkan melalui bebenang ini, pada usia baginda pada umur 3 hingga 12 tahun sudah memakai kaca mata untuk membetulkan masalah mata yang juling tersebut. Bahkan, masalah yang sama telah terjadi pada anakndanya Puteri Afzan di mana turut mengalami masalah yang sama.

Tambah baginda lagi, cepat-cepat untuk dapatkan pemeriksaan doktor dan untuk memperbetulkan mata anak.

Apa yang menarik perhatian netizen, rata-rata mereka berkongsi pengalaman malah bertukar pendapat bersama baginda Tunku Azizah.

Komennya, jika anak-anak didapati ada masalah juling, ianya boleh diperbetulkan dengan pelbagai cara seperti perbetulkan melalui cermin mata, pembedahan dan perlu mendapatkan rawatan pada usia 3 tahun.

“Kamu perlu bawa anak kamu pergi berjumpa doktor sebelum umur 6 tahun… lagi awal lagi bagus”

“Patik sampai skang masih pakai teropong prism nak betulkan juling.”

“Saya juling gak dri kecik, Lepastu dri kecik kena pakai spek sampai sekarang. “

“Afzan pakai 600++ multi focal , tiap hari tutup satu mata selama 2 jam …. alhamdulillah mata dah ok”

Namun, tuanku juga menyelit nasihat untuk pasangan yang belum ada anak, supaya segera untuk berjumpa doktor dan berusaha serta jangan malu.

 

Sumber: Tunku Azizah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)