Setiap kali ketika mendengar khutbah solat Jumaat, pasti akan ada ‘tabung bergerak’ untuk kutipan sumbangan masjid menjadi tanda tanya oleh sesetengah masyarakat. Ada yang mendakwa, ‘tabung bergerak’ tersebut seakan menganggu orang lain yang mengerjakan solat.
Isu tersebut mendapat perhatian Mufti Wilayah Persekutuan, Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri menjawab isu ini.
Katanya melalui ciapan yang dimuatnaikkan, ianya haram apabila berlaku pergerakkan tabung atau kutip ketika khutbah disampaikan oleh khatib.
Keduanya, pihak mufti mencadangkan beberapa perkara jika itu adalah keperluan dana kewangan sesebuah masjid serta mengimarahkan masjid serta aktivitinya.
Sumber: Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri