Siakap Keli
FOTO: SHAZREEYANA SHUKRI

“Kakak Jangan Nangis, Mama Kuat, Allah Ada,” Kisah Ibu Meninggal Dunia Di Bulan Ramadhan, Hidap Kanser Paru-Paru

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu dan ayah adalah dua insan yang tidak boleh dicari ganti. Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap daripada kita pasti akan diuji atas kemampuan kita sendiri. Lebih perit apabila menerima ujian kehilangan orang yang paling kita sayang. Namun siapa kita untuk menidakkan kehendak Tuhan, perlu diterima dengan berlapang dada.

Seperti perkongsian daripada seorang wanita bekerjaya yang dipercayai seorang makeup artist dan usahawan, Shazreeyana ini mengenai pengalaman kehilangan ibu tercinta akibat daripada penyakit yang dibawa oleh orang sekeliling. Lebih menyedihkan apabila wanita ini kemurungan setelah setahun kehilangan ibu tercinta.

Menurut wanita ini melalui perkongsiannya di laman Twitter, ibunya meninggal dunia pada 2008 akibat kanser paru-paru yang biasa terjadi untuk orang yang tidak merokok. Sejak itulah beliau mengalami kemurungan.

“I nak kongsi apa yang jadi dari awal kesan kanser sehingga dia meninggal”

“Setiap kali balik cuti I bawak balik stethoscope nak check pernafasan dia”

Katanya, mereka sekeluarga mendapat tahu kesahihan ibunya menghidap kanser selepas membuat pemeriksaan sebelum ‘terbang’ ke Australia kerana ibunya mendapat tawaran menyambung pelajaran peringkat masters di sana.

“Pakat ketaq dah sebab tak tau apa result. Mama takut tapi dia tak tunjuk”

“I pun bagi semangat kat dia, padahal tak tahan nak nangis, nak lari sebab takut. takut nak berdepan dengan realiti.”

Jelasnya lagi, kanser yang ada dalam tubuh ibunya sudah menganggu saluran limpa. Perasaan sedih seorang anak tidak tertahan lagi, tambahan pula beliau merupakan seorang pelajar jurusan medikal.

“Cancer jenis ni violent jugak. Cepat merebak. Cuba pujuk mama buang sebelah lung dia, tapi dia takut open chest surgery.”

“Masa ni tiap minggu i balik naik ‘Kodok Merah’. Teman dia chemo & radio”

“Mama menangis sebab takut abah tak tertarik dah dengan dia”

“Walaupun tengah chemo dan radio, mama kuat!… dia p cukur rambut sambil kata Kakak tengok mama dah  botak”

“Mama dah beli kek nak sambut ‘birthday’ adik, malam tu mak baring kejap sambil tunggu pukul 12 malam, tetiba mak jerit, badan kaku tak bergerak…”

Jelasnya melalui bebenang, mereka sekeluarga bergegas ke hospital dan melakukan beberapa pemeriksaan termasuk CT scan didapati kanser yang ada pada ibunya sudah merebak ke tulang belakang. Hancur perasaan seorang anak mengenangkan nasib si ibu.

“Mama kuat! Mama nak baik cepat…Hati ni Allah saja yang tau. Bila kita sebenarnya tau orang yang kita sayang akan pergi meninggalkan kita tapi kita tak boleh nak cakap.”

Pada tanggal 13/9/08 adalah tarikh yang paling sedih selepas ibunya sentiasa ceria walaupun berada di wad dah lama, kata anak ini.

“kakak jangan nangis. Mama kuat! Allah ada…Mama pergi pada hari Jumaat pukul 7.30 pm.”

“Kakak,jaga adik2. Tengokkan adik2. Kakak anak sulung mama. Tengokkan abah sekali. Mama okay. Allah ada. Kakak jangan nangis. Mama sayang kakak. Doakan mama”

“Mama yang selalu backup kami kalau kena marah.”

Mereka adalah adik beradik.

“Sama-sama kita doakan semua pesakit kanser & semua ahli keluarga pesakit kanser. Semoga Allah meringankan sakit itu & memberi kekuatan kepada mereka semua.”

 

Sumber: Shzreeyana Shukri

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)