Siakap Keli

Kapal Tangki Minyak Iran Dibedil 2 Peluru Berpandu Di Laut Merah Berdekatan Jeddah

Sebuah kapal tangki pengangkut minyak telah ditembak dua peluru berpandu dalam serangan pengganas setelah ia berlayar melalui Laut Merah berhampiran Arab Saudi.

Dilaporkan dua letupan berasingan itu mengakibatkan tumpahan minyak dan sekaligus mencetuskan kebakaran di atas kapal Sinopa yang dimiliki oleh Syarikat Minyak Iran Kebangsaan (NIOC).

Syarikat Minyak Iran Kebangsaan (NIOC) mendakwa bahawa ledakan yang disebabkan oleh serangan roket itu terjadi kira-kira pukul 5 pagi (Jumaat) waktu tempatan.

Kapal terbabit yang (sebelum ini bernama Susangird), dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Syria melalui Terusan Suez dan Mediterranean mengangkut satu juta tong minyak.

Kapal tangki berusia 20 tahun itu berada di kedudukan (kira-kira) 60 kilometer barat laut Jeddah di Arab Saudi selama beberapa jam selepas insiden tersebut sebelum mengumumkan ia akan kembali ke Iran.

Laporan dari pihak Iran mendakwa bahawa minyak tumpah ke laut setelah dua tangki utama rosak dalam letupan pada jam 5 pagi dan 5.20 pagi itu.

Bagaimana pun laporan itu tidak menyebut sebarang bukti untuk menyokong dakwaan bahawa ia adalah serangan keganasan.

Semua kru selamat dan tiada yang dilaporakn cedera.

Sumber: Mirror.co.uk

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)