Siakap Keli

Kepala Hampir Dilenyek, Netizen Kesal Orang Awam Tak Hulur Bantuan

Kejadian kemalangan jalan raya boleh dikatakan berlaku pada setiap hari berpunca daripada pelbagai faktor. Antaranya ialah kecuaian pengguna jalan raya yang tidak berwaspada dengan bahaya yang terdedah kepada pengguna tanpa dapat dijangka.

Menerusi satu perkongsian di Facebook We Are Malaysians, satu rakaman memaparkan sebuah kejadian kemalangan yang melibatkan motosikal dan kereta.

Menerusi rakaman tersebut, motosikal itu dilihat seperti bergeser dengan sebuah kereta Perodua Axia berwarna merah. Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal tersebut hilang kawalan hingga terjatuh. Malah, dia terseret beberapa meter ke hadapan bersama motosikalnya.

Namun, apa yang dikesalkan oleh warganet apabila kereta tersebut dipercayai meninggalkan mangsa kemalangan. Selepas perlanggaran tersebut, kereta berwarna merah itu seperti tidak menghiraukan nasib yang menimpa penunggang motosikal berkenaan.

Rata-rata warganet yang melihat rakaman berkenaan nyata kesal dengan tindakan pemandu kereta tersebut. Malah, ada juga yang mempersoalkan keprihatinan pengguna lain yang tidak menghiraukan nasib yang dialami oleh penunggang motosikal berkenaan.

“Penunggang itu sangat bertuah kerana kereta tersebut tidak dilenyek kereta itu”

“Kenapa tiada orang berhenti untuk membantunya?”

Malah, ada juga netizen yang berpendapat bahawa motosikal tidak sepatutnya menggunakan laluan di bahagian tengah.

Sumber: We Are Malaysians

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra