Siakap Keli

Lekat Bakul Atas Kura-Kura, Zoo Didakwa Cuba Kaut Untung Lebih, Minta Pengunjung Lontar Syiling

Sebuah zoo di China telah mencetuskan kontroversi apabila tularnya beberapa keping gambar memaparkan seekor kura-kura yang di bahagian belakangnya telah dilekatkan sebuah bakul.

Tindakan tidak berbelas kasihan itu dipercayai dilakukan kerana ingin menggunakan kura-kura tersebut sebagai ‘tempat untuk mengumpulkan wang’.

Pekerja zoo tersebut turut melekatkan bendera negara China di belakang badan kura-kura berkenaan. Pihak zoo berkata bahawa mereka akan menyiasat perkara ini dengan lebih lanjut.

Pengguna media sosial mendakwa bahawa gambar-gambar yang tersebar itu diambil semasa cuti Hari Kebangsaan di mana ramai penggunjung dari seluruh negara akan membawa anak-anak mereka ke zoo mahupun taman permainan.

Masyarakat China mempercayai bahawa sekiranya mereka melontar syiling ke sasaran tertentu, mereka akan memperolehi keberuntungan dan dapat menangkis sebarang anasir jahat.

Malah ramai warga net yang mendakwa bahawa pihak zoo sengaja menggunakan kura-kura jenis African spurred itu untuk mengaut keuntungan dari pengunjung yang datang.

Oleh itu mereka menggesa pihak polis, Biro Perhutanan Neara dan media kerajaan untuk menyiasat tentang isu ini.

Ada individu yang berkata,

“Saya tidak tahu kenapa pihak zoo akan menggunakan kaedah ini untuk mempamerkan haiwan yang begitu berharga.”

Dia uga mendakwa bahawa kura-kura itu dipelihara dalam persekitaran yang sangat buruk dan tiada penjaga dapat dilihat di sekelilingnya.

Kura-kura Afrika adalah salah satu kura-kura terbesar di dunia. Ia boleh membesar hingga 30 inci panjang dan mempunyai berat mencecah 100 paun.

Sumber: Daily Mail

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)