Siakap Keli

“Mereka Dengar Suara Kita,” Belia Rai Intipati Belanjawan 2020

Belanjawan 2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng menyaksikan peruntukan tambahan kepada pelbagai sektor.

Peruntukan oleh kerajaan itu dilaporkan akan menelan belanja sebanyak RM297 bilion, tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Ianya mendapat perhatian ramai terutamanya golongan belia yang mendapat banyak manfaat terutamanya 350 ribu peluang pekerjaan yang ditawarkan kepada anak muda melalui suntikan dana khas 6.5 bilion ringgit.

Menerusi tinjauan di laman sosial Twitter, tanda pagar #BelanjawanAnakMuda2020 menjadi ‘trending’ pada hari ini. Rata-rata belia meluahkan pendapat mereka dengan menyambut baik berita tersebut.

Turut meluahkan rasa syukur, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini lantang menjadi ‘suara’ kepada anak muda untuk didengari oleh kerajaan.

Alhamdulillah, we did it

Syed Saddiq ‘doing whatever it takes’

”Mereka mendengar suara kita”

”Keperluan asas hidup keutamaan anak muda”

”Banyak yang boleh diterima untuk kita semua”

”I support this 10000%”

Sumber : Twitter

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Nur Farra