Siakap Keli

”Rating” FoodPanda Di Playstore Kini Cuma 1.1 Bintang, Rata-Rata Pengguna Beri ”Review” Negatif

Umum mengetahui krisis melanda FoodPanda dengan rider-rider mereka berikutan pengenalan skim pembayaran baru dipercayai telah menyebabkan ratusan pekerja mengundur diri.

Di media sosial, ribuan pengguna turut dikatakan bersolidariti dengan membuang aplikasi tersebut daripada peranti mereka, dipercayai sebagai simbol memboikot syarikat berkenaan kerana tak bersetuju dengan kenyataan pemiliknya terhadap para pekerja.

Mereka turut meninggalkan review negatif dan memberi penilaian yang rendah gara-gara kontroversi berkenaan.

Hasil tinjauan di laman Playstore mendapati 8 Oktober lalu sehingga hari ini mendapati review negatif membanjiri ruang review aplikasi berkenaan di Playstore. Di samping itu, penilaiannya juga merudum teruk hingga tinggal 1.1 bintang.

Dibawah adalah antara review yang ditinggalkan oleh pengguna.

”Bad… Bad…”

”Syarikat kamu tidak menjaga kebajikan pekerja”

Sehingga hari ini, masih ada pengguna yang meninggalkan review negatif kepada aplikasi berkenaan.

Tiada lagi Foodpanda.

Rating merudum

Akibatnya, rating FoodPanda yang menjadi Top3 Free kini hanya mendapat 1.1 bintang dan tidak mustahil akan terus berkurang berikutan para pengguna yang masih aktif memberi penilaian yang rendah kepada aplikasi berkenaan.

Sumber: Playstore

Amira

Love yourself.