Siakap Keli

“Tolong Henti Sebar Maklumat Tak Betul,” Dr Amalina Bidas Dakwaan Jerawat Petanda Penyakit

Penjagaan muka sering dititik beratkan oleh kebanyakan orang terutamanya bagi golongan wanita. Tak kiralah lelaki ataupun perempuan, wajah merupakan aspek terpenting yang mempengaruhi keyakinan seseorang untuk berdepan dengan orang lain. Masalah wajah seperti jerawat sering merunsingkan ramai orang dengan anggapan ianya telah mencacatkan ‘kesucian’ muka mereka.

Namun begitu, ada juga yang mendakwa bahawa munculnya jerawat sebagai tanda kepada sesuatu penyakit yang dihidapi oleh seseorang. Menurut dakwaan itu, jerawat yang terdapat di bahagian dahi bermakna sedang menghadapi masalah sistem penghadaman manakala jerawat yang terdapat pada bahagian hidung pula menandakan bahawa tekanan darah tinggi.

Walau bagaimanapun, Dr Amalina yang tertarik dengan dakwaan tersebut. Menurut kenyataan Dr Amalina, tiada bukti saintifik yang membuktikan bahawa jerawat merupakan tanda kepada penyakit yang dihidapi.

“Saya minta maaf, tapi tiada bukti saintifik untuk menyokong ‘face mapping’ dan jerawat”

Selain itu, Dr. Amalina juga berkongsikan penerangan mengenai perkara tersebut daripada seorang Konsultan Dermatologist di London. Dr Shaaira Nasir juga turut tidak bersetuju dengan dakwaan tersebut dan menganggapnya sebagai ‘sampah’.

Tambahan lagi, Dr Amalina juga menasihati agar netizen menghentikan penyebaran maklumat yang tidak benar khususnya yang berkaitan mengenai perkara ini. Jerawat yang timbul pada muka seseorang adalah kerana faktor lain seperti penggunaan produk kosmetik yang tidak sesuai dengan wajah.

Sumber: Dr. Amalina

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra