Siakap Keli

(Video) Viral Wanita Meraung Anak Meninggal Dunia, Didakwa Terkena Renjatan Eletrik Kabel Pengecas Telefon

Satu video memaparkan seorang ibu di Indonesia yang sedang mendukung bayinya sambil menangis teresak-esak telah tular di media sosial.

Ibu tersebut menangis kerana bayi yang didukungnya itu didakwa meninggal dunia disebabkan terkena renjatan elektrik kerana memegang kabel pengecas telefon yang sedang dicaskan dipercayai milik ibunya.

Difahamkan, semasa ibunya itu mengetahui bahawa anaknya itu telah terkena renjatan elektrik, dia terus bergegas ke klinik bagi mendapatkan bantuan.

Sungguhpun begitu, bayi tersebut dikatakan meninggal dunia ketika mereka sampai ke klinik itu.

Ibu mangsa yang tidak dapat menerima kenyataan akan kejadian yang menimpa bayinya itu bertindak mengejutkan anaknya itu kembali sambil menangis teresak-esak, namun tidak ada tindak balas positif yang ditunjukkan oleh bayi tersebut.

Berikutan dengan kejadian itu, ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau pergerakan anak kecil anda agar kejadian yang tak diingini seperti ini tidak akan berulang lagi di masa akan datang.

Sumber: CARI INTERNET – BM

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.