Siakap Keli

(Video) Kemboja Dibelasah 14-0, Lelaki Ini Setia Berdiri Ketuk Drum, Laung Kata Semangat Seorang Diri

Selain perlawanan Malaysia menentang Vietnam semalam, turut berlangsung perlawanan antara Kemboja dan Iran yang berkesudahan Iran ‘kenduri’ gol selepas mencatat kemenangan besar 14-0. Perlawanan tersebut yang berlangsung di Azadi Stadium, Tehran.

Apa yang menarik perhatian dalam perlawanan itu, sebuah video tular di laman Twitter apabila kelihatan seorang lelaki yang dipercayai penyokong Kemboja, bersama sebuah drum dan pembesar suara masih setia berdiri terus memberikan sokongan kepada pasukan kesayangannya itu.

Video yang berdurasi 5 saat itu menunjukkan lelaki tersebut mengetuk drum dan melaungkan kata-kata semangat kepada pemain-pemain walaupun ketika itu telah dibelasah teruk oleh pasukan Iran.

Rata-rata warga Twitter memberikan penghormatan kepada lelaki tersebut.

Sumber: Officials Goal

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)