Siakap Keli
Gambar: Google

BTS Artis Bukan Negara Arab Pertama Adakan Konsert Di Arab Saudi

RIYADH, 12 Okt (Bernama) — Buat pertama kali dalam sejarah, artis bukan dari negara Arab mengadakan konsert  di Arab Saudi, menerusi penampilan hebat kumpulan K-Pop sensasi BTS yang berlangsung di Riyadh pada Jumaat.

Agensi berita Yonhap melaporkan kumpulan popular Korea Selatan itu membuat persembahan di Stadium Raja Fahd Antarabangsa selama hampir tiga jam.

Konsert turut diserikan nyanyian lagu selamat hari jadi  sempena ulang tahun kelahiran seorang daripada anggota BTS, Jimin yang jatuh pada hari Ahad (13 Oktober).

Konsert di Arab Saudi itu merupakan aksi di luar negara terakhir BTS selepas persembahan di beberapa bandar utama di Amerika, di London, Paris dan Jepun.

Jelajah dunia itu akan diakhiri dengan konsert di Seoul pada 26, 27 dan 29 Oktober di Seoul.- BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.