Siakap Keli
Kredit: Google

”Dorian, Katrina, Lekima Dan Hagibis”, Bagaimana Taufan Diberi Nama? Ini Yang Perlu Anda Tahu

Tahun ini kita pastinya ada mendengar berita-berita mengenai taufan yang melanda di pelbagai negara seperti Dorian, Lekima, Faxai dan terbaru, Hagibis.

Tahukah anda, dari mana datangnya nama-nama ini? Adakah taufan Katrina mempunyai talian dengan individu bernama Katrina? Adakah Dorian ada kaitan dengan durian?

Jom baca penjelasan di bawah bagaimana taufan boleh mendapat nama. Secara umumnya, tiupan angin dikategorikan sebagai ribut kencang apabila mencecah kelajuan minimum 119km/j. Ia mempunyai gelaran berbeza bergantung kepada beberapa aspek iaitu;

1. Lokasi

Jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik, ia digelar hurikan, manakala angin kencang di Lautan Hindi dan Lautan Pasifik digelar siklon dan taufan (typhoon).

  • Hurikan – Jika ia berlaku di Lautan Atlantik dan timur laut Lautan Pasifik
  • Siklon – Lautan Hindi dan selatan Lautan Pasifik
  • Taufan – Barat laut Lautan Pasifik
Kredit: Taufeeque Creative World

Walaubagaimanapun, siklon jarang diberi nama berbanding hurikan dan taufan.

2. Kejadian ke berapa dalam tahun tersebut

Pada 1953, Jabatan Cuaca Amerika Syarikat mula mencipta sistem fonetik antarabangsa menggunakan nama wanita bermula huruf A sehingga W dan mengecualikan Q, U, X, Y dan Z untuk menamakan kepada kejadian ribut kencang yang berbeza.

Walaubagaimanapun, pada tahun 1978, mereka mula memasukkan nama lelaki bagi menamakan ribut kencang atas desakan badan liberal dan feminis.

Taufan yang pertama pada satu-satu tahun akan dinamakan dengan nama bermula huruf A, diikuti huruf B dan seterusnya.

Pada tahun genap, ribut kencang bernombor ganjil akan dinamakan dengan nama lelaki manakala pada tahun ganjil, angin kencang bernombor ganjil akan dinamakan dengan nama wanita.

Kredit: National Hurricane Center and Central Pacific Hurricane Center

3. Siapa yang memberi nama?

Proses penamaan ini melibatkan beberapa negara dengan pemantauan oleh World Meteorological Organization.

Di bahagian Lautan Hindi, 8 negara iaitu Bangladesh, India, Maldives, Myanmar, Oman, Pakistan, Sri Lanka dan Thailand terlibat dalam memberi nama-nama kepada ribut siklon antaranya Nilam (Pakistan), Mahasen (Sri Lanka), Phailin (Thailand).

Antara nama dicadangkan negara India untuk dimasukkan ke pangkalan data ialah Leher, Megh dan Sagar termasuk Titli, Bulbul dan Nilofar yang dicadangkan oleh Pakistan.

Sementara itu, Malaysia bersama beberapa negara lain antaranya China, Filipina, Jepun dan Kemboja pula berperanan memberi cadangan nama untuk siklon tropika yang berlaku di lokasi barat laut Lautan Pasifik dan China Selatan.

Kenapa perlu namakan?

Penamaan ini diberikan agar mudah untuk mengesan pergerakan setiap angin kencang berbanding membezakan latitud dan longitud mereka.

Nama-nama taufan yang menyebabkan kerosakan dan kematian tidak akan digunakan kembali, sekurang-kurangnya dalam tempoh 10 tahun. Hal ini bagi memberi kehormatan kepada mangsa-mangsa yang terkorban dalam malapetaka tersebut.

Nama tersebut akan digantikan dengan nama jantina dan permulaan huruf yang sama. Disebabkan kebanyakan taufan berhuruf pada awal abjad lebih sering digunakan, kebanyakan nama yang telah dihentikan adalah daripada kelompok nama-nama yang bermula huruf terawal.

Sejak 1972, sebanyak 50 nama taufan telah dihenti daripada penggunaan.

Sumber: India Today, National Hurricane Center and Central Pacific Hurricane Center, World Meteorological Organization

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.