Siakap Keli

Mulut Wanita Tak Boleh Tutup Gara-Gara Gelak Besar

Sememangnya, ketawa merupakan terapi bagi mengambarkan ekspresi gembira. Boleh dikatakan semua orang pernah tertawa disebabkan sesuatu yang menghiburkan hatinya. Namun, lain pula yang terjadi terhadap seorang wanita di China apabila mengalami kekejangan pada bahagian rahangnya selepas ketawa besar.

Detik mencemaskan itu berlaku di dalam kereta api yang sedang menuju ke Guangzhou Selatan, iaitu ketika perjalanan pulang wanita berkenaan ke rumahnya.

Namun, mujurlah ketika itu terdapat seorang doktor yang tampil melakukan pemeriksaan terhadap rahang wanita berkenaan. Doktor itu juga merupakan penumpang kereta api tersebut yang kemudiannya memberikan rawatan segera.

Saya bergegas dan mendapati penumpang itu tidak dapat bercakap dan menutup mulutnya.

Pada mulanya, Doktor Luo Wenyuan beranggapan bahawa wanita berkenaan mengalami strok. Namun setelah memeriksa tekanan darah dan bertanyakan beberapa soalan, dia mengesahkan wanita berkenaan telah mengalami komplikasi di bahagian rahangnya.

Air liurnya meleleh, jadi pada mulanya saya fikir dia mempunyai strok.

Walau bagaimanapun, Doktor Luo telah berjaya merawat wanita berkenaan dan rahangnya kembali pada tempat yang asal. Wanita berkenaan juga menyatakan bahawa dia pernah mengalami keadaan itu ketika hamil sebelum ini.

Sumber: NDTV

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra