Siakap Keli
Official PUBG on mobile

PUBG Mobile Bakal Berikan Kemaskini ”Major”, Pemain Kini Boleh Terbangkan Helikopter Dalam ”Game”

Tencent dilaporkan bersedia untuk memberi kemas kini major versi 0.15.0 kepada permainan Battle Royal popular, Player Unknown Battleground (PUBG) Mobile, 16 Oktober ini.

Menurut Tech Radar, ia berkemungkinan sebagai menjawab ancaman yang diberikan oleh satu lagi permainan mobile pesaing, Call of Duty yang sudahpun dimuat turun melebihi 100 juta kali, tidak sampai beberapa minggu dilancarkan baru-baru ini.

Garena

Antara kemaskini terbaru yang dilaporkan adalah keupayaan para pemain untuk mengendali helikopter, menghidupkan semula rakan pemain, penambahan senjata seperti pelancar roket dan banyak lagi.

Dibawah adalah senarai-senarai kemas kini:

Paylode Mode

Dalam mode ini, pemain-pemain PUBG dibenar untuk menerbangkan helikopter daripada Helipad selain menyerang kedudukan musuh dari udara.

Sportskeeda

Selain itu, pemain juga berupaya untuk menghidupkan kembali rakan pemain yang telah terkorban dengan cara mengutip ID Card dan membawanya ke menara komunikasi.

Seperti yang dinyatakan diatas, kemaskini major ini juga akan membawakan pengalaman mengendalikan senjata baru dalam game seperti pelancar roket RPG-7, misil M3E1, pelancar grenad M79, machine gun M134 dan pelancar grenad MGL.

IGN India

Sebagai tambahan, serangan udara juga boleh diminta oleh pemain untuk memusnahkan kedudukan musuh dengan pantas. Anda juga kini boleh membaiki kembali kenderaan yang sudah rosak.

 

Senjata dan kenderaan baru

Pistol popular dalam permainan FPS, Dessert Eagle juga turut akan membuat kemunculan dalam PUBG. Pistol dengan kaliber .45mm akan menjadi pistol paling memberikan kesan kecederaan pada musuh dengan 62 point.

Senjata ini juga boleh dilengkapi dengan laser, red dot, holographic dan kelopak peluru yang boleh ditukar. Ia disediakan untuk semua peta PUBG Mobile.

Satu lagi, kenderaan BRDM-2 yang boleh digunakan sama ada di darat mahupun air turut ditambah. Kehadiran kenderaan ini membolehkan pemain untuk berlindung dari serangan musuh kerana ia tidak boleh dimusnahkan. Satu kekurangan, para pemain yang berada di dalam kenderaan tersebut turut tidak boleh membalas tembakan di luar kenderaan.

BRDM-2 bakal menggantikan kenderaan UAZ yang boleh diperoleh melalui Air Drop selepas pemain menembak pistol suar ke udara.

Keupayaan untuk memanjat

Para pemain kini boleh memanjat tembok yang tidak terlalu tinggi dengan menekan butang lompat sebanyak 2 kali. Para pemain juga dibolehkan untuk melompat di udara dan keupayaan ini membolehkan pemain untuk mengakses ke kewasan-kawasan sukar dalam permainan yang sebelum ini tak boleh diakses.

 

Sumber: Tech Radar

 

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.