Siakap Keli

“Saran Wanita Kawal Marah”, ‘Tweet’ Lelaki Undang Kecaman

Berita pembunuhan kejam seorang wanita dan anaknya telah menjadi topik bualan hebat di media sosial beberapa hari ini.

Insiden itu dikatakan berpunca daripada tindakan mangsa yang melemparkan hadiah ulang tahun yang telah diberikan oleh keluarga suspek. Disebabkan itu, berlaku pertengkaran dalaman sehingga mangsa meminta cerai.

Ekoran kejadian itu, terdapat segelintir netizen yang memberikan padangan supaya kaum wanita mengawal marah supaya kejadian seperti ini tidak berlaku.

Menerusi pandangan pemilik akaun Twitter berkenaan, terdapat pelbagai lagi cara yang boleh diambil untuk mengatasi masalah terutamanya yang melibatkan pasangan suami isteri. Rata-rata warganet juga memberikan pelbagai reaksi dan ada yang turut membidas kenyataan berkenaan.

“Jangan salahkan semuanya pada perempuan. Lelaki pun sama juga”

“Sampai nak bunuh bagai what the * macam takde otak”

“Bila marah diamlah keluar rumah kalau rasa bini melampau sangat”

“Kira pompuan je la kena jaga temper? Laki xpayah?”

Sumber: Twitter

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra