Siakap Keli

(Video) ”Ayah Tak Bertanggungjawab”, Viral Lelaki ‘Selamber’ Hisap Rokok, Hembus Asap Kat Muka Anak Kecil

Satu video yang mendakwa seorang ayah menghembuskan asap rokok pada muka anaknya telah tular di media sosial.

Kejadian yang berlaku di sebuah kedai makan itu telah dirakam oleh orang awam yang tidak senang duduk akan perbuatan individu yang didakwa ayah kepada kanak-kanak tersebut.

Sebagaimana yang kita ketahui, merokok boleh merbahayakan kesihatan. Walaupun anda tidak menghisap rokok, namun jika anda terhidu bau asap rokok, ianya juga turut boleh mengancam kesihatan anda.

Seorang pengguna Twitter di media sosial meluahkan rasa kesal atas kejadian tersebut dan menyatakan: Irresponsible father! Your are killing your small kid!

Perbuatan merokok adalah perbuatan yang tidak sihat serta boleh menjejaskan kesihatan anda. Asap rokok yang mengandungi kira-kira 4,000 jenis bahan kimia boleh mengundang kepada pelbagai penyakit kronik.

Perbuatan merokok juga boleh memendekkan jangka hayat seseorang itu. Kepada semua perokok, jika anda hendak merokok, pastikan persekitaran anda jauh daripada tempat makan, kanak-kanak ataupun tempat yang bersesuaian dan selamat.

Sumber: Twitter @Selbar_Sekangor

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.