Siakap Keli
Kredit: Google

Mayat Warga Emas Dipercayai Mengalami Masalah Ingatan Ditemui Di Kebun Orang Asli

SEREMBAN, 13 Okt (Bernama) — Mayat seorang warga emas ditemui tanpa baju di sebuah kebun di Perkampungan Orang Asli Sunggala, Port Dickson, semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Aidi Sham Mohamed, pada kira-kira 12.20 tengah hari, seorang lelaki Orang Asli telah menjumpai mangsa yang dikenali sebagai P. Subramaniam, 71 tahun dalam keadaan hanya berseluar pendek.

“Mangsa dilaporkan hilang sejak 6 Okt lepas sebelum ditemukan mati semalam. Berdasarkan maklumat diperoleh daripada keluarga, mangsa yang nyanyuk itu kerap berjalan dan joging di sekitar kebun itu. Siasatan mendapati tidak terdapat sebarang unsur-unsur jenayah.

“Hasil bedah siasat di Hospital Port Dickson mendapati punca kematian tidak dapat ditentukan ekoran keadaan mayat yang kian mereput,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut masih diteruskan.

Sumber: BERNAMA

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.