Siakap Keli
Gambar: SCMP

Rakyat Malaysia Diminta Waspada, MetMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Seluruh Malaysia Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan notis amaran ribut petir yang dijangka melanda melibatkan semua negeri di Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, sebanyak 13 negeri dijangkakan terlibat dengan ribut petir sehingga pukul 4 petang iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan Labuan.

Manakala negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir sehingga pukul 5 petang pula ialah Terengganu, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan.

Orang ramai yang ingin melakukan aktiviti luar atau beriadah pada petang ini dinasihatkan supaya lebih berhati-hati.

Sumber: Twitter Jabatan Meteorologi Malaysia 

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.