Siakap Keli
Gambar: Twitter

Tergamam Tengok, Netizen Kagum Tengok Banjir Jepun ‘Bersih’, Sampah Tak Kelihatan

Taufan Hagibis yang membadai Jepun baru-baru ini telah memperlihatkan pelbagai kemusnahan yang terjadi di beberapa kawasan negara Jepun.

Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh pihak berkuasa Jepun dalam memberi amaran-amaran awal kepada penduduk Jepun akan kehadiran ribut taufan yang paling kuat pernah dicatatkan ini.

Sungguhpun segala persediaan serta langkah keselamatan telah dilakukan bagi menghadapi taufan Hagibis ini, jumlah mangsa yang terkorban dan hilang masih ada, namun tidaklah begitu ramai.

Pelbagai bencana alam dilaporkan berlaku berikutan taufan Hagibis ini antaranya ialah gempa bumi, hujan lebat, angin kencang, tanah runtuh dan banjir.

Dalam kesedihan serta kerisauan kita akan bencana yang terjadi di negara matahari terbit itu, terdapat sesuatu yang unik dapat dilihat menerusi satu gambar yang tular di media sosial.

Gambar tersebut telah memperlihatkan air banjir yang melimpahi sebuah kawasan di Jepun.

Gambar tersebut memperlihatkan warna air banjir yang bersih terjadi sewaktu taufan Hagibis melanda negara itu. Bukan warna airnya sahaja, malahan tidak ada satu pun sampah yang kelihatan menerusi foto tersebut.

Secara tidak langsung, gambar tersebut telah mencerminkan pemikiran rakyat Jepun yang maju, pembersih, berdisiplin dan sistematik dalam segala jenis hal.

Pelbagai reaksi dari netizen yang rata-ratanya dari luar negara menzahirkan rasa kagum akan gambar yang diambil di Jepun itu.

Kita sebagai rakyat Malaysia juga perlulah mengambil iktibar serta menjadikan perkara ini sebagai contoh agar negara kita sentiasa berada dalam keadaan bersih dan boleh dijadikan ikutan oleh generasi yang akan datang.

Sumber: Twitter

Aqmal Ezany

I write what is right