Siakap Keli
Kredit: Bernama

(Video) 12 Ditahan Disyaki Ada Kaitan Dengan LTTE, Bukti Transaksi Kewangan Turut Ditemui

Kuala Lumpur, 13 Okt – Menurut Ketua Penolong Pengarah Counter Terrorism (E8), DCP Dato’ Ayob Khan Mydin Pitchay, antara 12 individu yang ditahan disyaki terlibat dengan kumpulan keganasan telah dikenalpasti memberi sumbangan kewangan dalam jumlah yang besar terhadap pergerakan kumpulan keganasan tersebut.

“Pihak polis telah merampas bendera, buku-buku, poster, gambar-gambar pemimpin LTTE serta item-item berkaitan dengan kumpulan ganas LTTE.

“Pihak polis juga telah berjaya mengesan transaksi transaksi kewangan dalam jumlah yang besar yang disyaki digunakan untuk membiayai aktiviti mempromosi, merekrut dan menggerakkan program-program berkaitan dengan kumpulan keganasan antarabangsa ini,” katanya dalam sidang media Cawangan Khas Bukit Aman di sini hari ini.

Sementara itu, beliau turut menafikan pernah memberi jaminan bahawa pihak polis tidak akan melakukan tangkapan ke atas ahli politik parti tertentu seperti yang didakwa oleh seorang pemimpin parti sebelum ini.

Katanya, pihak polis akan terus mengambil tindakan dan menahan mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan keganasan tidak kira daripada mana-mana parti atau sesiapa pun.

Semua suspek yang ditahan diberi hak berjumpa keluarga dan melantik peguam.

Kenapa tak didakwa di mahkamah?

Ketika ditanya mengenai mengapa mereka perlu ditahan di bawah SOSMA, tidak terus didakwa di mahkamah, beliau menjelaskan pihak polis perlu menjalankan siasatan menyeluruh dan menganalisis bukti terlebih dahulu sebelum mendalwa.

“Kita perlu jalankan siasatan susulan seperti transaksi kewangan. selama ini kita tak dapat. tapi bila dah tangkap kita dapat analisa telefon bimbit, laptop dan hasil soal siasat awal mereka sahkan ada transaksi kewangan,” katanya.

“Bayangkan jika kita hanya memanggil mereka untuk mengambil kenyataan, adakah mereka akan memberi kerjasama? Kita perlu periksa telefon, komputer riba mereka. Kita perlu mengadakan penggeledahan.

“Saya yakin, kalau setakat kita panggil untuk ambil kenyataan, mereka akan beri kenyataan samar sahaja. Kita tiada hak untuk rampas telefon dan geledah rumah suspek.

“Sebab itulah untuk kesalahan keselamatan, tangkapan itu wajib. Kita tangkap, kita jalankan penggeledahan. Rampasan telefon dan komputer riba untuk dihantar ke forensik,” tambahnya.

Di samping itu, beliau turut menyatakan bahawa kebanyakan suspek kenal antara satu sama lain di samping mengakui kewujudan pergerakan ini di setiap negeri serta saling berkait antara satu sama lain.

Sumber: Majlis Keselamatan Negara (Hilmi Hassan)

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.