Siakap Keli
Gambar: Google

(Video) Jepun Berduka Selepas Dibadai Hagibis, 7 Maut, Belasan Lagi Hilang Tak Dapat Dikesan

Sekurang-kurangnya 7 orang dilaporkan maut manakala 15 yang lain tidak dapat dikesan selepas ribut yang paling kuat pernah terjadi melanda negara Jepun sehingga menyebabkan lebih setengah juta buah rumah hilang punca kuasa serta telah menyebabkan air sungai melimpah, lapor NHK.

Menurut NHK, lebih daripada 100 orang dilaporkan cedera kerana banyak kawasan dilanda hujan lebat serta ditiup angin kencang. Pihak berkuasa menyeru kepada semua penduduk agar sentiasa bersiap sedia dengan arahan pemindahan yang bakal dikeluarkan untuk kira-kira 5.9 juta orang di seluruh 17 wilayah, lapor agensi Bomba dan Pengurusan Bencana.

Gambar: Google

Taufan Hagibis didapati telahpun meninggalkan kawasan-kawasan pulau utama Jepun kira-kira  pukul 8.45am waktu tempatan (7.45am waktu Malaysia) dilaporkan sedang berada di pantai Sanriku, lapor Agensi Meteorologi.

Lebih dari 420,000 bangunan di seluruh negara Jepun telah hilang punca kuasa berikutan taufan yang melanda itu, kata Menteri Ekonomi Jepun dalam satu kenyataan.

Penganjur Piala Dunia Ragbi terpaksa membatalkan perlawanan yang dijadualkan pada ahad di antara Namibia dan Kanada di Kamaishi atas dasar keselamatan berikutan hujan lebat dan tanah runtuh di sekitar tempat perlawanan yang terletak di utara Jepun itu.

Perlawanan di antara Amerika Syarikat dan Tonga, Wales dan Uruguay walau bagaimanapun akan berlangsung seperti biasa, lapor pihak penganjur melalui kenyataan yang dikeluarkan di laman web rasmi mereka.

Pihak penganjur pada pagi ahad masih sedang mempertimbangkan sama ada mahu meneruskan atau menangguhkan perlawanan ragbi di antara Jepun dan Scotland.

Sumber: The Straits Times

Aqmal Ezany

I write what is right

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.