Tokyo – Pasukan penyelamat terpaksa menggunakan helikopter bagi menyelamatkan mangsa banjir apabila hujan lebat menimpa Tokyo dan kawasan sekitar setelah taufan kuat melanda mengakibatkan sekurang-kurangnya tujuh mangsa maut dan 15 orang hilang.
Menurut jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga memberitahu, seramai 27,000 pasukan tentera dan penyelamat dihantar untuk operasi menyelamat berskala besar.
“Taufan kuat ini telah menyebabkan kerosakan teruk dan menjejaskan kawasan yang luas di timur Jepun,” katanya.
Satu video di lokasi terlibat memaparkan banjir besar melanda wilayah Nagano dilanda setelah tambak Sungai Chikuma pecah, mengakibatkan air berlumpur memasuki kawasan penempatan dan menenggelamkan rumah-rumah penduduk.
https://www.facebook.com/watch/?v=714528112307082
Sementara itu, banjir turut menenggelamkan beberapa buah keretapi bullet yang diparkir di pusat operasi. Walaubagaimanapun beberapa perkhidmatan keretapi tetap diteruskan pada pagi ini sementara pemeriksaan keselamatan dijalankan ke atas beberapa fasiliti pengangkutan lain.
Di Fukushima, hanya bumbung rumah penduduk sahaja yang dapat dilihat akibat ditenggelami air. Pihak berkuasa turut memberi amaran atas risiko tanah runtuh dan lumpur yang telah meragut beberapa nyawa.
Sebanyak 376,000 buah rumah terputus bekalan elektrik manakala 14,000 rumah mengalami gangguan bekalan air.
Bot penyelamat dihantar ke lokasi kejadian sementara pasukan penyelamat menggali timbunan lumpur dan tanah untuk menyelamatkan mangsa yang tertimbus dalam runtuhan tanah runtuh.
午前6時半ごろ撮影した長野県東御市の映像では、千曲川にかかる橋が流されたり、道路の高架部分が途中で途切れ、川に落下したりしているのがわかります。https://t.co/XiPpWbmlyh#nhk_video pic.twitter.com/sfkjhSTU8v
— NHKニュース (@nhk_news) October 12, 2019
Sumber: NHK World, The Independent