Siakap Keli
Gambar: Berita Semasa Terkini

Viral Bayi Comel Bercampur Najis Ditemui Dalam Tong Sampah, Netizen Berang Dengan Pelaku Zalim Buang Anak

Pembuangan bayi merupakan tindakan yang tidak boleh diterima walau apa alasan sekalipun. Ibu bapa yang membuang bayi perlu dikenakan tindakan tegas atas perbuatan zalim berkenaan.

Segalanya bertitik tolak daripada pergaulan bebas dan keterlanjuran sehingga menyebabkan si wanita hamil dan mengambil keputusan untuk menggugurkan atau membuang bayi yang tidak dikehendaki.

Jika bernasib baik, ada individu yang menemui bayi malang berkenaan, namun jika tidak bernasib baik ada bayi yang akhirnya maut di mulut haiwan liar atau lemas dalam lubang kumbahan. Kejam sungguh!

Terbaru, seorang bayi perempuan yang sangat comel ditemui di dalam tong sampah oleh orang awam di lokasi yang tidak dimaklumkan.

Kredit: Berita Semasa Terkini

Ramai netizen memuji kecomelan bayi yang kemerah-merahan tersebut dan mendoakan kesejahteraannya di samping ada yang menawarkan diri untuk mengambilnya sebagai anak angkat.

Comelnya, semoga sentiasa dilindungi, membesar dengan sihat dan solehah

Zalim, tak layak dipanggil ibu

Kalau ada masalah sekalipun, selesaikan la dengan cara yang baik

Mak ayah mesti comel tapi tak ada akal

Orang lain yang betul-betul nak anak berubat macam-macam

Semoga si comel ini serta bayi-bayi lain yang teraniaya terus sihat, dilindungi dan dijaga oleh orang yang penuh kasih sayang serta membesar menjadi anak yang soleh/solehah. Aamin.

Sumber: Berita Semasa Terkini

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.