Siakap Keli

“Ditukar Sampai Jadi Lucah,” 10 Kesalahan Ajar Anak Nama Kiasan Kepada Kemaluan Yang Patut Ibu Bapa Elakkan

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Bagi pasangan yang berkahwin lama atau baru, kehadiran cahaya mata merupakan pengalaman yang paling indah. Namun, pernah tak anda terfikir kesan terhadap kiasan yang diberikan oleh ibu bapa sewaktu kecil.

Contoh kiasan yang diberikan oleh orang tua kita tentang alat sulit manusia. Alasan mereka adalah untuk menujukkan kesopanan.

Kali ini, perkongsian daripada Akhi Fairuz di laman Twitternya mengenai kesalahan yang diperturunkan oleh nenek moyang kita tentang mendidik anak-anak berkaitan pendidikan seksual. Kicau ini mendapat sambutan lebih 18,500 ribu ulang kicau dan lebih daripada 12 ribu tanda suka di laman Twitternya.

“Anak-anak akan fikir hal kemaluan ini satu benda rahsia, tak elok dibincangkan secara umum”

“Penukaran pada nama seperti disebut akan membuatkan masyarakat jadikan ia bahan lawak. Please respect perempuan”

“Anak tak tahu anggota badan mana boleh disentuh dan yang mana tak boleh”

“Suka marah anak bila tanya pasal seks”

“Ada ibu bapa dan penjaga yang nak cili mulut anak bila tanya pasal benda ni”

“Selalu anggap perempuan kena cabul atau rogol sebab pakai seksi”

“Marah dan maki hamun perempuan buang bayi”

“ada yang jadi mangsa sex grooming dari kecil, ada yang kena cabul masa kecil sampai seronok buat benda tu”

“Mulut jahat sangat cakap gadis hamil luar nikah dosa tak diampunkan, diangkat nikmat sakit bersalin.”

“Jangan anggap hal seks anak akan tahu sendiri nanti”

Jadi kepada ibu bapa ubahlah pemikiran anda tentang pentingnya pendidikan seksual ini. Bukan apa, hanya untuk mengubah mentaliti masyarakt kini tentang pentingnya kanak-kanak tahu tentang hal ini supaya tidak tersalah faham.

Sumber: AkhiFairuz

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)