Siakap Keli
Gambar Hiasan

Lelaki Dipercayai Pernah Rogol Budak Di Kuala Lumpur, Mati Ditikam Dalam Penjara Di UK

Salah seorang penjenayah pedofilia yang dikatakan paling produktif di Britain didapati ditikam dan meninggal dunia di dalam  sebuah penjara di United Kingdom.

Mangsa yang dari Ashford di Kent dihukum mati 22 tahun dipenjara selepas menerima 71 tuduhan dan mengaku bersalah melakukan penderaan seksual terhadap kanak-kanak yang berusia antara enam bulan hingga 12 tahun antara tahun 2006 dan 2014 termasuk kanak-kanak di Malaysia.

Menurut berita Independent UK berkata, mangsa yang pernah menjadi seorang jurugambar bebas di Kuala Lumpur pada usia 19 tahun. Mangsa juga didakwa mendakwa menjadi seorang guru berbahasa Inggeris dan sukarelawan Kristian telah menyalahgunakan kanak-kanak dalam tempoh berkenaan.

Lebih daripada 20,000 gambar dan video yang tidak senonoh dilihat dalam komputer ribznya selepas penangkapannya di lapangan Terbang Gatwick, Australia pada tahun 2014. Dia dikatakan pulang ke UK untuk menyambut Hari Krismas bersama keluarganya.

Menurut polis, video yang dikumpul untuk menjana pendapatannya.

Detektif identifikasikan bahawa 23 mangsa adalah daripada golongan miskin tetapi mereka percaya lebih daripada 200 kanak-kanak menerima penderaan seksual tersebut.

Selepas mengaku bersalah kepada 71 kesalahan seksual termasuk merogol berganda, dia menulis surat kepada mahkamah dan menyalahkan tentang kematangan dalam dirinya serta “nafsu jahat telah menarik dirinya ke jalan yang gelap”.

Menurut polis Humberside melaporkan bahawa mangsa diserang oleh seseorang menggunakan pisau ‘shiv’ dan kejadian ini masih disiasat.

Sumber: Independent.co.uk

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)