Siakap Keli

Ramai Tak Tahu, Dengan Hanya RM 30 Ini Sudah Cukup Untuk Mengubah Masa Depan Yang Lebih Cerah

Pasti anda pernah mendengar mengenai Amanah Saham Bumiputera (ASB) kan?

Melalui platform pelaburan yang disediakan menerusi ASB, ramai yang telah berjaya membina tabungan untuk membantu mereka waktu kecemasan, membeli rumah, membiayai pendidikan anak-anak, hidup selesa ketika bersara dan macam-macam lagi.

Terkini, seperti yang dikongsikan di laman Facebook Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) sendiri, ada cara mudah yang telah diperkenalkan untuk pelabur ASB menambah pelaburan mereka iaitu menerusi kemudahan Auto Labur @ myASNB.

Kemudahan Auto Labur ni membolehkan pelaburan ASB menetapkan pelaburan bulanan serendah RM30 secara automatik setiap bulan. Yang paling best, kemudahan ini percuma sahaja.

Jika dulu pelabur perlu ke Cawangan atau Ejen ASNB untuk melabur atau mengunakan perbankan Internet seperti Maybank2u dan CIMB Clicks untuk pelaburan secara on-line (yang mengenakan caj sebanyak RM1.06), sekarang ni tak perlu lagi bersusah payah untuk menambah pelaburan dalam ASB.

Jadi bagi anda yang komited nak melabur setiap bulan, tidak mahu terlupa lagi atau terpaksa menangguh pelaburan kerana terlalu sibuk, anda pastinya gembira kerana dapat menggunakan Auto Labur ini.

Lagipun kita semua tahu, pelaburan ni memang perlu dilakukan secara konsisten dan untuk jangka panjang, barulah tabungan kita tu berpotensi untuk berganda-ganda. Kalau selalu terlupa, alamatnya, masuk habuk keluar asaplah.

Jadi bagaimana nak mendaftar untuk Auto Labur ni? Jika anda pelabur ASB dan belum mendaftar sebagai pengguna portal myASNB, ikut saja 2 langkah mudah ini:

• Kemaskini nombor telefon di mana-mana Cawangan atau Ejen ASNB (contohnya Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Ambank, Alliance Bank, Hong Leong Bank); dan

• Daftar di www.myasnb.com.my. Ikuti saja langkah yang dinyatakan.

Selepas anda sudah daftar masuk (log-in) ke dalam portal myASNB, anda akan lihat ada menu Auto Labur. Klik saja menu berkenaan dan ikuti langkah seperti dikongsikan ini.

Untuk maklumat lanjut myASNB dan Auto Labur, layari saja laman web ASNB (www.asnb.com.my) atau FB ASNB untuk mendapatkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.