Siakap Keli

Trump Bagi ‘Lampu Hijau’ Mungkin Kembalikan Google Pada Peranti Huawei

Pentadbiran Trump telah merancang untuk menerbitkan lesen bagi membolehkan beberapa syarikat Amerika membekalkan barang-barang kepada syarikat telekomunikasi gergasi China, Huawei.

Perkara ini dinyatakan oleh Presiden Trump melalui satu mesyuarat yang diadakan pada minggu lalu. Pada bulan Mei yang lepas, Trump telah mengambil langkah drastik apabila menyenarai hitamkan syarikat telekomunikasi China itu daripada melakukan urusniaga dengan syarikat di Amerika.

Langkah itu telah menghalang Huawei daripada membeli komponen-komponen dan mendapat kemas kini teknologi daripada syarikat seperti Google dan Micron tanpa mendapat kelulusan.  Selain itu, ia juga sedikit sebanyak telah mempengaruhi cita-cita untuk membina rangkaian tanpa wayar terbaru pada masa akan datang yang dikenali sebagai 5G.

Sumber: Ali Haider

Walau bagaimanapun, terbaru, Trump mengeluarkan penangguhan sementara dan membolehkan pembekal dan pengguna peranti Huawei untuk mendapatkan pengaturan alternatif. Keputusan untuk meluluskan lesen kepada Huawei itu diputuskan selepas Trump bertemu dengan Presiden Xi Jinping di Osaka, Jepun pada bulan Jun yang lalu.

Sehingga Ogos, lebih daripada 130 permohonan dilaporkan telah dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan bagi lesen menjual barangan AS kepada Huawei . Pada Jun, pentadbiran Trump berkata bahawa beberapa jualan akan dibenarkan di bawah lesen, tetapi belum ada yang dikeluarkan.

Keputusan pentadbiran untuk membenarkan lesen dapat membantu kesepakatan perdagangan bagi kedua-dua negara itu. Para peniaga dari Amerika Syarikat dan China akan bertemu di Washington pada minggu ini bagi membincangkan perdagangan mereka yang ke-13.

Sumber: The New York Times / CNET

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra