Siakap Keli

(Video) Sikap Terpuji, Tertarik Sampai Nampak Rambut, 5 Pemain Lawan Lindung Wanita Betulkan Tudung

Dalam sukan terutama bola sepak, sememangnya ditekankan untuk menghormati pihak lawan dan dilarang membangkitkan isu politik, keagamaan atau bangsa ketika di dalam dan luar padang.

Hari ini, tular sebuah video perlawanan bola sepak wanita yang tidak dapat pasukan serta lokasi kejadian, apabila pemain wanita yang dipercayai beragama Islam, tudungnya hampir terlepas dari kepalanya selepas pihak lawan tidak sengaja tertarik tudung pemain berkenaan.

Namun, tindakan pihak lawan jadi perhatian dan patut dijadikan contoh terbaik, apabila 5 pemain melindungi pemain bertudung tersebut agar orang lain tidak ternampak rambutnya.

Video yang berdurasi 21 saat itu mendapat lebih 3,000 retweet dan lebih 7,000 like.

Sumber: Football Tweet

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)