Siakap Keli
Gambar : eturbonews

108 Penerbangan Dibatalkan Susulan Tunjuk Perasaan Di Barcelona

Madrid : Beribu-ribu penunjuk perasaan membanjiri Lapangan Terbang Barcelona-El Prat selepas Mahkamah Agung Sepanyol pada Isnin menjatuhi hukuman penjara antara 9 dan 13 tahun ke atas tujuh bekas anggota kerajaan wilayah Catalan berhubung peranan mereka dalam referendum kemerdekaan 1 Okt 2017, lapor agensi berita China Xinhua.

Referendum itu telah diisytiharkan sebagai tidak sah di sisi undang-undang oleh Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.

Lapangan Terbang Sepanyol dan Navigasi Udar (AENA) pada Isnin mengesahkan bahawa sejumlah 108 penerbangan telah dibatalkan di lapangan terbang Barcelona akibat tunjuk perasaan itu.

Laluan metro dan kereta api turut ditutup ekoran tunjuk perasaan itu manakala landasan kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Barcelona dan bandar Girona (di timur laut Sepanyol) serta jalan-jalan yang menghubungkan bandar itu ke lapangan terbang turut disekat oleh penunjuk perasaan.

Jalan-Jalan utama di Barcelona turut diputuskan hubungan oleh beribu-ribu orang yang mengadakan tunjuk perasaan di Plaza de Catalonia dan Plaza Sant Jaume sebagai membantah hukuman yang dijatuhkan pada Isnin malam.

Perkhidmatan kecemasan mengesahkan bahawa 56 orang cedera dalam pertempuran dengan polis dan 10 daripada mereka telah dibawa ke hospital.

Referendum di timur laut wilayah Sepanyol itu, yang menuntut kemerdekaan Catalonia, adalah satu gerakan sosial dan politik, yang didakwa tidak sah di sisi undang-undang oleh kerajaan dan Mahkamah Perlembagaan Sepanyol.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.