Siakap Keli

“Dia Nak Kau Jadi Boyfriend Dia,” Netizen ‘Marah’ Lelaki Ini Tak Faham ‘Hint’ Kawan Perempuan Minta Carikan Suami

Jodoh pertemuan semuanya telah ditentukan oleh Allah. Kita sebagai hamba-Nya perlu berusaha untuk mendapatkan jodoh yang terbaik untuk jadi teman seumur hidup kita.

Petang tadi, seorang lelaki menerusi akaun Twitter beliau yang bernama Qiden telah memuatnaik screenshot perbualan beliau dengan rakan wanitanya dalam aplikasi Whatsapp. Perbualan itu tentang rakan wanitanya yang bernama Hanis meminta tolong Qiden untuk mencarikannya teman lelaki.

Tujuan Qiden memuatnaik perbualan itu di Twitter, untuk bertanya kepada pengikutnya di laman tersebut jika ada sesiapa yang sedang mencari teman wanita. Hanis bersedia untuk menerima.

Tapi, lain pula yang terjadi apabila rata-rata pengikutnya mengatakan bahawa Hanis memberikan petunjuk kepada Qiden bahawa dia hanya mahu Qiden menjadi teman lelakinya. Sehingga ada pengguna Twitter menggelarkannya ‘lembap’ kerana tidak faham hint yang diberikan oleh wanita itu.

Berikut adalah komen-komen yang dipetik dari hantaran Twitter Qiden.

Selepas menerima komen-komen yang hampir sama, Qiden membalas semua komen tersebut dengan mengatakan bahawa dia dan Hanis hanya kawan baik sahaja dan Hanis nak termuntah bila dengar orang kata Hanis suka Qiden.

Sumber: @muhdnqiuddin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)