Siakap Keli

Hishammuddin ‘Terganggu’ Dek Penangan Filem Joker

Sejak kebelakangan ini, filem Joker yang baru sahaja ditayangkan di pawagam telah menjadi bualan hebat dalam kalangan penonton terutamanya di media sosial. Walaupun terpalit dengan pelbagai kontrovesi, filem ini berjaya menjadi filem Box Office bagi bulan ini. Filem yang mengetengahkan watak antagonis ini juga memberi kesan yang mendalam kepada ramai orang khususnya penonton.

Turut terkesan dengan impak filem ialah Datuk Seri Hishammuddin Hussein selepas berkongsikan beberapa foto melalui akaun Twitter miliknya. Menurut beliau, filem tersebut membawakan mesej yang mendalam dan watak yang dimainkan oleh Joaquin Phonenix adalah sangat hebat.

Dia juga turut mengatakan bahawa kesan filem tersebut sangat ‘mengganggu’ dan menyebabkannya tidak dapat tidur malam. Walau bagaimanapun, Datuk Seri Hishammuddin turut mengakui bahawa filem tersebut sangat menarik untuk ditonton.

Rata-rata warganet juga turut bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Datuk Seri Hishammudin malah ada yang mendakwa bahawa mereka juga terganggu dengan filem berkenaan.

Sumber: Hishammuddin Hussein

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra