Siakap Keli

Mo Salah Teruk Dikecam ‘Adegan’ Gambar Peluk Model

Sekiranya disebut nama Mo Salah, pastinya peminat bola sepak mengenali penyerang sensasi kelab gergasi England, Liverpool. Aksi menakjubkan yang dipamerkan di dalam padang bukan sahaja dapat menyumbang kejayaan kepada kelabnya, namun telah mengangkat dirinya sebagai pemain yang terkenal di seluruh dunia. Selain aksinya yang hebat, Mo Salah juga dikenali sebagai Muslim yang menjaga batas pergaulannya terutama dengan perempuan.

Namun, baru-baru ini timbul kekecohan dalam kalangan netizen apabila Mo Salah berkongsikan gambar di mana terdapat seorang wanita yang memeluknya dari belakang. Gambar tersebut dilihat tidak bersesuaian dengan pemain itu yang selama ini menjaga batas pergaulannya.

Mo Salah yang telah berkahwin juga dianggap sebagai tidak menghormati isterinya kerana membiarkan perempuan tanpa pertalian saudara untuk memeluknya. Rata-rata netizen juga menyesali dengan bintang bola sepak yang sebelum ini mereka kagumi itu.

“Malu pada anda sebagai muslim”

“Bukan muhrimnya itu masyaallah”

“Anda tidak malu, anda seorang Muslim dan semua Muslim melihat anda?”

“Gambar yang sangat buruk, awak seorang Muslim”

Sumber: Mo Salah

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra