Siakap Keli
Kredit Foto: studyfinds.org

Peguam Kongsi Kisah Sedih Wanita Tak Diberi Nafkah, Hidup Seksa Digantung Tak Bertali

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Wanita mana yang sanggup hidupnya digantung tak bertali? Segala gerak gerinya terbatas dek kerana statusnya masih bersuami.

Perkahwinan yang dulunya indah kini dilanda badai. Ingin meneruskan ikatan, hati ini tidak lagi kental. Nak lepaskan, prosesnya bukanlah mudah, banyak kali kena turun naik mahkamah.

Perkongsian Fahmi Ramli menceritakan mengenai kes seorang wanita yang bukan sahaja digantung tak bertali oleh suaminya, malah nafkahnya sebagai seorang isteri juga diabaikan.

Setiap wanita wajar menerima haknya sebagai isteri. Banyak cara yang dapat dilakukan bagi mana-mana isteri yang tidak mendapat haknya sebagai seorang isteri.

Isu nafkah ini bukanlah isu yang asing dalam masalah bagi pasangan yang telah bercerai. Terdapat beberapa isu nafkah yang perlu kita ketahui dalam menangani masalah rumahtangga tersebut.

Apa nafkah asas yang patut isteri dapat?

Dalam syarak, nafkah asas yang wajib dapat pada seorang isteri adalah makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Cuma, kalau suami setuju dalam tempoh perkahwinan nak bagi dalam bentuk wang ringgit pun boleh. Yang penting, semua keperluan asas yang tadi tu cukup.

Kalau suami tak sedia langsung semua tu?

Isteri boleh failkan Cerai Takliq bawah seksyen 50 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Kedah ataupun Fasakh bawah seksyen 53 (1)(b) suami cuai atau gagal beri nafkah selama tempoh 3 bulan.

Kalau sekejap bagi, sekejap tak macam mana? Atau kadang tak cukup?

Sebaiknya, tuntut nafkah diri sebagai isteri dahulu di Mahkamah. Ia tertakluk di bawah seksyen 60 Enakmen Keluarga Islam. Selesai bicara, kalau tak disabitkan nusyuz, Mahkamah akan bagi satu perintah amaun nafkah yang perlu diberikan suami setiap bulan.

Kalau suami tak kerja, macam mana?

Tanggungan nafkah akan berpindah kepada bapa mertua, datuk sebelah bapa dan golongan-golongan lain yang ditetapkan syarak iaitu keluarga sebelah pihak lelaki.

Kalau isteri tak tinggal sekali dengan suami, boleh ke dapat nafkah?

Jika perkahwinan itu sememangnya dari awal dah PJJ, ada persetujuan tentang tempat tinggal berasingan, mungkin tak jadi masalah. Yang pasti, walau jauh, suami tetap wajib sediakan nafkah melainkan ada keredhaan dan apa-apa persetujuan.

Tapi, kalau isteri sengaja keluar dari rumah perkahwinan yang disediakan suami tanpa apa-apa sebab yang sah disisi syarak, maka, hak nafkah isteri mungkin digugurkan DENGAN SYARAT suami dapatkan pengisytiharan Nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah. Bukan boleh terus suami isytihar nusyuz macam tu saja yer.

Kalau disabit nusyuz, tak boleh dapat Fasakh ke?

Boleh tuntut fasakh, tapi tak boleh mohon fasakh atas sebab suami gagal beri nafkah kerana isteri yang disabit nusyuz, tidak layak untuk dapat nafkah sehingga dia bertaubat semula mengikut seksyen 60 (3) Enakmen Keluarga Islam Kedah.

Sumber: Fahmi Ramli

Siti Natrah Jusof

Nur Farra