Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Rupanya Korang Boleh Kena ‘Tendang’ Dari Rumah Sendiri Kalau Tak Bayar Cukai Petak

Semua orang mesti ada impian mahu miliki kediaman sendiri kan. Biasanya ramai yang akan memilih untuk membeli rumah jenis hakmilik strata seperti apartment, pangsapuri, kondominium, flat, townhouse atau rumah dalam skim gated.

Banyak faktor yang menyebabkan rumah jenis ini sentiasa menjadi pilihan pertama orang ramai, antaranya kerana ianya mempunyai pelbagai kemudahan seperti gimnasium, kolam renang, sauna, restoran dan sistem keselamatan yang baik. Lagi satu, harganya jauh lebih rendah berbanding dengan landed-house.

Gambar sekadar hiasan

Jadi, dengan kelebihan dari segi lokasi dan infrastruktur, ianya tentu akan menjadi nilai tambah yang mampu menarik ramai pembeli. Tetapi beli sahaja tidak cukup, sebagai pemilik kediaman ada perkara yang wajib korang ambil tahu.

Mungkin ada antara korang yang dah tahu tentang sistem Cukai Petak. Tetapi, tak kurang juga yang masih belum jelas. Untuk pengetahuan korang, Cukai Petak ini adalah cukai yang dikenakan ke atas hakmilik strata bagi menggantikan Cukai Tanah.

Cukai Petak ni sebenarnya telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor bermula 1 Jun 2018.

Ia merupakan inisiatif untuk semua rakyat Negeri Selangor selain untuk menggalakkan pembayaran Cukai Petak demi kelangsungan pembangunan negeri secara holistik.

Tapi, masih ramai tak tahu yang sistem Cukai Petak ni banyak bagi manfaat terutamanya bagi bangunan atau kawasan berstrata sebab ia akan beri sikit kebebasan kepada pemilik untuk urusan pembayaran yang sebelum ni hanya bergantung kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB).

Ini Antara Kebaikan Cukai Petak Yang Ramai Tak Tahu :

[1] Memudahkan urusan urusniaga dan pusaka dilaksanakan.

[2] Cukai petak dikenakan secara adil mengikut syarat petak iaitu kediaman, perniagaan dan perusahaan.

[3] Memudahkan pemilik petak membuat bayaran cukai secara terus tanpa melalui perbadanan pengurusan.

[4] Membantu Perbadanan Pengurusan (MC) Dalam Penetapan Caj Penyelenggaran Yang Lebih Tepat Dan Teratur.

Apa Akan Jadi Jika Korang Tak Bayar Cukai Petak?

Pemilik harta tanah strata yang tidak membayar cukai petak akan terdedah kepada risiko perampasan harta tanah strata oleh pihak berkuasa. Ianya umpama korang boleh kena ‘tendang’ dari kediaman sendiri. Takut kan?

Gambar sekadar hiasan

Jadi ini bukannya soal remeh. Sekiranya korang enggan membayar cukai, korang biasanya akan diberikan notis terlebih dahulu sebelum rumah tu dirampas atau dilelong kepada pembeli lain.

Inilah sebabnya mengapa penting untuk korang ambil tahu mengenai perkara ini. Bayangkanlah, dah lama korang bayar ansuran rumah tu, tiba-tiba rumah dirampas oleh Kerajaan Negeri sebab tak bayar cukai. Sayangkan?

Jadi tunggu apa lagi, jom jelaskan cukai korang sekarang juga sebelum terlambat

Bayaran cukai korang tu boleh dibuat di :

[1] Pejabat tanah Daerah, Pejabat Tanah dan Galian Selangor.

[2] Kaunter Majlis Bandaraja, Majlis perbandaran dan Majlis Daerah.

[3] Melalui cawangan POS Malaysia seluruh negara dan POS Online.

[4] Boleh bayar secara ‘online’. Layari: https://ehasil.selangor.gov.my

Tetapi ingat, bayaran cukai korang tu perlulah dijelaskan sebelum 31 Mei setiap tahun tau. Untuk maklumat lanjut layari sahaja laman web Pejabat Tanah dan Galian Selangor dengan menekan link ini okay!

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.