Siakap Keli
Gambar: Asia One

(Video) Abang Tampar Adik Sampai Jatuh, Nyaris Ajal Bawah Kereta

Tindakan seorang abang yang menampar adiknya berusia dua tahun mengundang cemas apabila kanak-kanak itu hampir terkorban di atas jalan raya.

Kejadian yang berlaku di bandar Tongren, Guizhou pada 6 Oktober yang lalu telah berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup CCTV. Menerusi rakaman berkenaan, dua orang kanak-kanak yang dipercayai adik-beradik sedang berjalan di bahu jalan tanpa pengawasan ibu bapa mahupun penjaga.

Setelah berhenti, kanak-kanak lelaki yang berusia empat tahun itu bertindak menampar adiknya sehingga dia terjatuh ke atas jalan. Malangnya pada waktu yang sama terdapat sebuah kereta yang melalui kawasan tersebut. Mujurlah kereta tersebut sempat menghentikan keretanya dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun itu terperangkap di bawahnya.

Menyedari perkara itu, abang mangsa cuba menariknya keluar daripada bawah kereta namun tidak berjaya. Beberapa pegawai polis yang bertugas berdekatan dengan tempat kejadian mengangkat kenderaan itu dengan bantuan orang ramai yang melalui kawasan tersebut.

Kanak-kanak itu telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan mujurlah hanya terdapat sedikit kesan melecet di dahinya.

Sumber: Asia One

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra