Siakap Keli

(Video) Baru Pesan ‘Stay Safe’ Sebab Hujan Lebat, Lelaki Ini ‘Menangis’ Perati Motor Tenggelam Dari Dalam Kelas

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Tular satu video yang agak mencuit hati warganet difahamkan dalam video tersebut salah seorang pelajar daripada universiti tempatan mendoakan agar motorsikalnya dalam keadaan baik semasa hujan turun.

Namun, lain pula jadinya selepas hujan tersebut, video yang ditunjukkan seolah-olah motorsikalnya hilang rupanya ditengelami air kerana banjir.

Video ini mendapat perhatian dengan lebih daripada 13 ribu ulang kicau dan 7.2k tanda suka telah diselubungi rasa kasihan namun mencuit hati netizen. 

Besar betul ujian member aku kalini. baru pesan kat motor ‘stay safe’.

Rata-rata pengguna Twitter bersimpati dengan apa yang berlaku, tidak kurang juga yang tidak sanggup melihat keadaan motorsikal tersebut.

“Wei kalau aku meraung dah…”

“aku pun akan nangis kalau tengok macam ni”

“Hujan membawa rezeki”

“kesian tapi nak gelak”

 

Sumber: Syazwimazlan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)