Siakap Keli

(Video) Ingatkan ‘Training’ Dengan Beruang Je Buat Dia ‘Power’, Ini Rupanya Rahsia Latihan Khabib Kekal Kuat

Nama Khabib Abdulmanapovic Nurmagomedov sememangnya sinonim di dalam pentas seni bela diri campuran. Rata-rata mengenali beliau sebagai seorang lagenda yang tidak mampu dikalahkan dalam liga Ultimate Fighter Champion (UFC).

Namanya terus menjadi bualan dunia setelah berjaya menewaskan Conor McGregor pada tahun lepas. Kemenangan itu telah mengejutkan dunia ekoran Conor McGregor merupakan bintang utama di dalam arena sukan tersebut. Ianya bagaikan melonjakkan nama Khabib ke satu tahap yang berbeza dalam kariernya.

Kejayaan seseorang itu sudah pastinya lahir daripada usaha bersungguh-sungguh. Begitu juga bagi Khabib, pastinya ramai yang tertanya-tanya mengenai bentuk latihan yang dijalankan olehnya sebelum menghadapi lawan.

Sebelum ini video latihan Khabib tular memaparkan Khabib bergusti dengan seekor anak beruang ketika beliau berusia 9 tahun di kampung halamannya di Dagestan.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter Bleacher Report, satu rakaman memaparkan Khabib sedang menjalani latihan yang agak mencabar untuk dilakukan.

Berdasarkan rakaman itu, Khabib dilihat sedang menjalani latihan dengan berenang melawan arus di sebuah sungai yang sangat sejuk. Arus sungai yang deras itu memaksa Khabib untuk terus berenang kehadapan supaya dia tidak dihanyutkan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata sangat teruja melihat bentuk latihan yang dipraktikkan oleh Khabib malah ada juga yang memuji serta memberikan semangat kepadanya.

“Ini adalah latihan kardio dan stamina. Dia tidak akan dikalahkan lagi”

“Gila bagaimana dia bergerak dengan air yang banyak dengan hanya lengannya”

“Ini tidak masuk akal. Patutlah dia boleh menumbangkan lawannya ke bawah dan mengalahkan mereka”

“Lelaki ini, sebab itulah dia adalah yang terbaik”

Sumber: Bleacher Report

syafiq halim

Tambah komen

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.