Siakap Keli

(Video) Rakaman Detik Cemas Restoran Meletup Dua Kali Sebelum Keluar Asap Tebal

Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan terbunuh dan 10 lagi cedera pada Ahad lalu dalam letupan gas di restoran di timur China. Kejadian yang berlaku di Wuxi City di wilayah Jiangsu telah memusnahkan restoran tersebut dan turut menjejaskan kedai-kedai berhampiran.

Menurut laporan media tempatan, 10 orang yang cedera berada dalam keadaan yang stabil. Sekitar 200 orang pekerja penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian bersama empat jengkaut, 21 trak kebakaran dan ambulans.

Menerusi rakaman berkenaan, letupan itu memberi impak yang kuat ekoran banggunan yang bertentangan dengannya turut terjejas. Letupan itu dilihat berlaku sebanyak dua kali sebelum mengeluarkan asap yang tebal dari dalam restoran.

Gambar: Global Times

Wilayah Jiangsu adalah tapak letupan kimia besar-besaran yang dijalankan pada bulan Mac dan mengorbankan hampir 80 orang dalam kemalangan terburuk China beberapa tahun kebelakang ini.

Sumber: The New York Times

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Nur Farra